Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Pinjaman Pasca Siswazah GrEP MARA 2021

Pinjaman Pasca Siswazah Graduate Excellence Programme (GrEP) adalah program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara.

MARA menawarkan peluang pengajian ke peringkat pasca siswazah di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka di dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang bagi memperkasakan modal insal keperluan negara.

Tempoh pinjaman (maksimum) bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:

  • Sarjana : 2 tahun
  • Doktor Falsafah : 4 tahun

Isi Kandungan

Tarikh Permohonan Pinjaman Pasca Siswazah GrEP MARA 2021

Permohonan Pinjaman Pasca Siswazah adalah secara atas talian akan mula dibuka pada 21 Jun sehingga 5 Julai 2021

Baca Juga: Permohonan Program IKTISASS Selangor 2021

Syarat Kelayakan Pinjaman Pasca Siswazah

  1. Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berketurunan Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2021:
    • SARJANA
      • Dalam Negara : <40 tahun
      • Luar Negara : <35 tahun
    • Doktor Falsafah
      • Dalam Negara : <45 tahun
      • Luar Negara : <40 tahun
  3. Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang.
  4. Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.
  5. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Pasangan tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan UndangUndang MARA.
  6. Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  7. Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
  8. Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.

Anda boleh lihat Syarat Kelayakan Akademik secara penuh DISINI

Permohonan Pinjaman Pasca Siswazah GrEP MARA 2021

Cara Memohon

Permohonan Pinjaman Pasca Siswazah perlu dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web rasmi MARA mulai 21 Jun sehingga 05 Julai 2021.

Tiada permohonan secara manual dibenarkan.

Anda boleh rujuk dibawah:

Nota: Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh berhubung seperti butiran di bawah:

  • Bahagian Penganjuran Pelajaran
    Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA
    21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur
    Telefon : 03-2613 2103 / 2054 (GrEP@ Luar Negara)
    03-2613 2584 / 2106 / 2083(GrEP@ Dalam Negara)
  • (bagi permohonan dalam negara)
  • (bagi permohonan luar negara)

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More