Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Program IKTISASS Selangor 2021

Permohonan Program IKTISASS (Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Iktisas Smart Selangor) 2021 kini dibuka.

Program ini menawarkan pengajian 10 kursus TVET di Selangor Technical Skills Development Centre (STDC). STDC menumpukan bidang TVET bagi memenuhi kehendak industri dengan menjalinkan kerjasama yang bergerak ke arah industri 4.0.

STDC menawarkan kursus-kursus kemahiran dalam pelbagai bidang dan juga kursus-kursus jangka pendek profesional dengan kerjasama industri. Pada 2020, IKTISASS telah menawarkan 4 kursus daripada Pilot/co-pilot, Jurutera MRO, Juruteknik MRO dan juga Penganalisa Data dengan kerjasama syarikat Aerodyne.

Program IKTISASS ini mempunyai satu kelebihan iaitu, yuran pengajian tidak perlu dibayar oleh para pelajar kerana program ini menawarkan biasiswa oleh Badan Kerajaan dan juga swasta. Pelajar tidak perlu membayarnya semula kepada organisasi tersebut.

Isi Kandungan

Tarikh Permohonan Program IKTISASS

Permohonan akan tutup pada 30hb Jun 2021

Senarai Pengajian Program IKTISASSS

Tawaran ini khas untuk para pelajar 18 tahun ke atas yang lahir di Selangor atau yang bermastautin melebihi 11 tahun di Negeri Selangor (tertakluk pada terma & syarat di atas). Amat digalakkan bagi pelajar lepasan SPM. Antara pengajian yang ditawarkan:

  • Automotif
  • Elektrik
  • Elektronik
  • Kecantikan
  • Kulinari
  • Motosikal
  • Pastri
  • Penyamanan Udara
  • Semburan Cat
  • Teknologi Maklumat
  • Tekstil & Pakaian

Permohonan Program IKTISASS Selangor 2021

Syarat Permohonan

  • Pemohon dan ibu bapa adalah Warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat D.Y.M.M Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteriakriteria seperti berikut:
    • Pemohon lahir dan menetap di Negeri Selangor; atau
    • Pemohon, Ibu atau Bapa lahir dan menetap di Negeri Selangor.
    • Pemohon telah bermastautin dan bersekolah di Negeri Selangor selama 11 tahun dan ke atas (sila lampirkan sijil berhenti sekolah rendah dan menengah).
    • Pemohon mestilah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan lulus 5 subjek teras termasuk Bahasa Melayu.
  • Berminat dan bersedia untuk menamatkan pengajian di dalam bidang kemahiran teknikal.

Nota: Permohonan borang yang tidak lengkap dikategorikan sebagai PERMOHONAN GAGAL.

Cara Memohon Program IKTISASS

Permohonan Program IKTISASS pada tahun ini hanya memerlukan anda untuk berdaftar pada pautan dibawah sahaja:

  • https://stdc.edu.my/daftarsekarang.php
  • Anda diperlukan untuk memilih 2 kursus yang anda minat atau ingin ceburi
  • Masukkan butiran maklumat anda
    • Nama Penuh
    • Kad Pengenalan
    • Tarikh Lahir
    • Jantina
    • Bangsa
    • Maklumat Penting yang lain
  • Masukkan butiran maklumat ibu bapa / penjaga anda
  • Klik ‘Saya mengaku…’ sebelum klik Hantar.

Atau

pemohon juga boleh sahaja hubungi no. dibawah ini:

Baca Juga: 4 Laptop Terbaik 2021 Bawah RM2500

Maklumat Lanjut

Untuk makluman lanjut, sila layari Portal Kerajaan Negeri Selangor https://www.selangor.gov.my/

Hubungi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di alamat dan talian berikut:

Selangor Technical Skills Development Centre (STDC)
Jalan Semarak
45000 Kuala Selangor
Selangor, Malaysia.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More