Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Program Jana Niaga MARA Shopee 2021

Isi Kandungan

Pengenalan

Majis Amanah Rakyat (MARA) telah memperkenalkan satu program kepada usahawan kecil atau bakal usahawan. MARA mempelawa usahawan Bumiputera yang berminat untuk menyertai program pemasaran secara digital di platform e-dagang Shopee melalui Program Jana Niaga MARA Shopee.

Ini merupakan sebuah inisiatif MARA untuk membantu usahawan Bumiputera untuk memasarkan produk secara atas talian (online). Program ini berjalan selama 6 bulan merangkumi latihan keusahawanan secara atas talian,sekali dengan geran baucer kedai dan kredit iklan (sekali guna sahaja).

Selain itu, para usahawan juga akan mendapat bimbingan dan pemantauan daripada pihak MARA. E-kedai usahawan yang berjaya masuk dalam program akan dibawa ke E-Mall Jana Niaga MARA untuk menerima baucer kedai dan juga kredit iklan. Selain daripada itu, pembeli juga akan ditawarkan baucer diskaun dan juga baucer free shipping bagi menaikkan lagi peluang untuk perniagaan para usahawan baru ini berkembang.

Kelebihan Jana Niaga MARA Shopee 2021

Kelebihan menyertai program ini:

  • Webinar Latihan Keusahawanan
  • Baucer Kedai Bernilai RM400
  • Kredit Iklan Bernilai RM400
  • Baucer diskaun (bagi pembeli)
  • Baucer free shipping (bagi pembeli)

Borang permohonan akan dibuka pada 22.2.2021 (Isnin) jam 10.00 pagi sehingga 5.3.2021 (Jumaat) jam 5.00 petang.

Syarat Permohonan Jana Niaga MARA Shopee 2021

Antara syarat – syarat yang perlu diikuti untuk memohon program ini adalah seperti berikut:

  • Usahawan Bumiputera
  • Syarikat telah berdaftar di SSM / PBT (Sabah & Sarawak)
  • Mempunyai e-kedai di Shopee dan telah beroperasi melebihi 6 bulan
  • Mempunyai 5 SKU produk dan ke atas di e-kedai Shopee.
  • Usahawan bersetuju dengan syarat – syarat yang ditetapkan oleh MARA dan Shopee dari semasa ke semasa.
  • Yuran Komitmen RM100

Cara Untuk Memohon

Usahawan yang berminat boleh memohon di pautan dibawah  https://forms.gle/eJZNrBY1t4qmBVtD6

atau scan QR Code di poster iklan di bawah:

permohonan

Permohonan akan diproses oleh Pejabat Majlis Amanah Rakyat Negeri dan akan dihubungi dengan serta – merta. Jika tidak dihubungi oleh pihak MARA dalam tempoh 3 bulan bermakna permohonan di anggap TIDAK LULUS.

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Infrastruktur Komersial MARA:

  • Mohamad Fahriz
    • 03 – 26134324 (pejabat)
    • 013 – 8835533 (personal)
  • Mohamad Yazid
    • 03 – 26134328 (pejabat)
    • 018 – 2119793 (personal)
  • Hazila
    • 03 – 26134818 (pejabat)
    • 019 – 9174495 (personal)

Anda juga boleh rujuk Facebook MARA atau menerusi laman web Rasmi MARA ini.

Artikel lain :  Skim Bantuan TUNAS, Skim Pendaftaran Perniagaan 2021, Skim Bantuan Kanak, KWSP 8 Mac, Program IEP, Program MHexplorer

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More