Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Program Online Pembangunan Produk AIM

Permohonan Program Online Pembangunan Produk yang diusahakan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah dibuka!

Anda seorang usahawan Sahabat AIM yang mempunyai produk berasaskan ‘Food & Beverage’? Tetapi buntu bagaimana untuk menaiktaraf produk anda untuk bersaing dengan produk-produk market leader?

Jom sertai program kerjasama antara AIM dan INSKEN: Program Pembangunan Produk yang akan dikendalikan oleh pemain industri yang berkepakaran di dalam pembangunan produk. Program ini bermatlamat untuk memberi peluang kepada Sahabat dalam mempersiapkan produk dan seterusnya bersedia untuk dipasarkan ke pasaraya-pasaraya besar.

Sebelum anda membuat Permohonan Program Online Pembangunan Produk, anda perlu tahu maklumat dibawah terlebih dahulu.

Isi Kandungan

Cawangan Terlibat

Program secara atas talian, selama 2 hari ini adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua Sahabat Cawangan:

  1. Shah Alam,
  2. Barat Laut Selangor
  3. Kuala Selangor
  4. Gombak (3 hingga 4 Julai)
  5. Pahang (3 hingga 4 Julai)
  6. Kepong (3 hingga 4 Julai)

Mereka yang terpilih daripada program ini seterusnya, akan berpeluang untuk menyertai program lanjutan dan sesi bimbingan secara individu selama 3 bulan.

Syarat Kelayakan

  • Pemilik produk
  • Sedang menjalankan perniagaan
  • Produk seperti di dalam kategori yang dinyatakan
  • Produk OEM / Agen / Stokis produk tidak dibenarkan sama sekali

Tarikh Kursus Online

Bagi cawangan Shah Alam, Barat Laut Selangor dan Kuala Selangor, program ini akan diadakan pada 26 hingga 27 Jun 2021.

Bagi cawangan Kepong, Gombak dan Ampang, program ini akan diadakan pada 3 hingga 4 Julai 2021.

Anda boleh rujuk kepada laman web rasmi Amanah Ikhtiar Malaysia

Cara Permohonan Program Online Pembangunan Produk

Anda hanya perlu hubungi dua nombor ini sahaja:

  • Pn Atirah – 0129393745
  • Pn Farhana – 012-5892526

Permohonan Program Online Pembangunan Produk AIM

Permohonan Program Online Pembangunan Produk AIM

Kategori Produk

Pemilik Produk F&B seperti dibawah:

  • Pes dan Sambal
  • Makanan Sejukbeku
  • Snek
  • Biskut, Pastri & Kek
  • Minuman

Baca Juga: Permohonan Pinjaman Amanah Ikhtiar

Latihan Asas Pembangunan Produk

Peserta yang terpilih adalah layak untuk program seterusnya:

  1. Latihan lanjutan modul pembangunan produk (2 Hari 1 Malam)
  2. Sesi bimbingan bersemukia 3 bulan (sekali sebulan)
  3. Latihan modul smartphone photography (2 Hari 1 Malam)
  4. Latihan modul jualan atas talian (2 Hari 1 Malam)

Nota: Sesi secara fizikal, penginapan, makan minuman peserta, kit / latihan disediakan oleh INSKEN

Permohonan Program Online Pembangunan Produk AIM

Maklumat Lanjut

Jom! Daftar segera sementara masih ada kekosongan. untuk keterangan lanjut sila hubungi dua pihak bertugas dibawah:

Pn Atirah – 0129393745 atau Pn Farhana – 012-5892526

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More