Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan RAKYATpreneur 2.0 Bank Rakyat

Untuk makluman, program RAKYATpreneur 2.0 adalah kesinambungan daripada program RAKYATpreneur 1.0 yang dilancarkan pada September 2021 yang berjaya meningkatkan hasil jualan perniagaan 20 usahawan sehingga 30% kurang dari enam bulan.

Program ini bertujuan membantu usahawan asnaf yang berpotensi tinggi dengan memberikan suntikan dana serta latihan keusahawanan dan pemantauan berterusan bagi membangunkan perniagaan mereka.

Bank Rakyat mensasarkan program ini bakal memberi manfaat kepada lebih 200 usahawan asnaf terpilih daripada seluruh negara. Usahawan asnaf yang berminat untuk memohon program RAKYATpreneur 2.0 boleh membuat permohonan mula 1 Mei hingga 31 Mei 2021.

Kelebihan Menyertai Program

Antara kelebihan bagi usahawan yang menyertai program RAKYATpreneur 2.0 adalah seperti berikut:

  • Dapat meningkatkan prestasi perniagaan dengan suntikan dana.
  • Mendapat pengetahuan tentang perniagaan dari pelbagai aspek Berpeluang untuk memohon produk pembiayaan di Bank Rakyat.
  • Menyediakan peluang pekerjaan dalam pasaran.

Kategori Perniagaan

Usahawan yang mengusahakan perniagaan berikut layak untuk memohon program RAKYATpreneur 2.0 ini iaitu:

  • Makanan dan minuman
  • Pertanian
  • Kedai runcit
  • Jahitan
  • Kraftangan
  • Kedai gunting rambut
  • Percetakan
  • Bengkel kenderaan
  • Lain-lain

Syarat Kelayakan

Usahawan yang memenuhi syarat kelayakan berikut layak untuk memohon iaitu:

  1. Terbuka kepada semua usahawan asnaf warganegara Malaysia.
  2. Usahawan tersebut adalah beragama Islam.
  3. Usahawan adalah berstatus asnaf.
  4. Berumur 18 tahun dan ke atas
  5. Mempunyai perniagaan sendiri dan telah beroperasi minimum 6 bulan dengan pendapatan perniagaan purata bulanan antara RM1,000 hingga RM8,000.
  6. Jenis perniagaan/produk dan perkhidmatan yang ditawarkan usahawan adalah patuh syariah.
  7. Usahawan tidak mempunyai mana-mana pembiayaan daripada institusi kewangan.
  8. Usahawan tiada rekod jenayah.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah permohonan berikut:

  1. Dapatkan borang permohonan di cawangan-cawangan Bank Rakyat atau muat turun di pautan https://www.bankrakyat.com.my/d/perniagaan/coop_entrepreneur_programme/rakyatpreneur-22/dwform/Form%20RP%202.0%20%20edited%202704-converted.pdf.
  2. Isi borang permohonan dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  4. Hantar kembali borang permohonan dan dokumen yang diperlukan kepada cawangan Bank Rakyat yang berhampiran.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan dan perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon.
  2. Salinan bil utiliti (air/elektrik) selama 3 bulan.
  3. Gambar premis/produk.
  4. Perakuan asnaf oleh Pusat Zakat/Majlis Agama Negeri/Pegawai Hal Ehwal Agama Islam/Imam berjawatan S29 dan ke atas.

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan akan dimaklumkan kepada pemohon mulai 15 Julai 2021.

Bank Rakyat boleh menukar atau meminda tarikh keputusan
permohonan sekiranya perlu.

Artikel lain: Skim Bantuan Rumah RM45,000 LZNKPermohonan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA RM600

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More