Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Rayuan THiJARI Tabung Haji

Permohonan rayuan haji masih dibuka melalui THiJARI. THiJARI merupakan portal Tabung Haji secara dalam talian. Dulu, ia dikenali sebagai MyTaHa. Dengan adanya aplikasi mudah alih ini para pengguna boleh menjalankan urusan berkaitan dengan akaun simpanan TH dengan mudah sekali.

Permohonan rayuan haji masih dibuka sehingga 29 Mac 2021 ini. 

permohonan

Isi Kandungan

Cara Membuat Permohonan Rayuan Haji

Bakal haji yang ingin membuat rayuan haji bagi musim 1442H atau tahun 2021 masihi, anda boleh lakukannya dengan melayari laman THiJARI pada pautan berikut:

  1. Sila layari Laman Rasmi THiJARI
  2. Pastikan anda telah mendaftar akaun THiJARI
  3. Log masuk dan klik pada pilihan menu Perkhidmatan Haji
  4. Seterusnya tekan Rayuan Haji
  5. Tekan permohonan Rayuan Haji dan tekan berikut
  6. Baca dengan teliti garis panduan pengurusan rayuan menunaikan fardhu haji
  7. Fahami soalan yang diberikan dan pilih ya atau tidak serta tekan Akad (Perakuan Istito’ah)
  8. Tekan hantar untuk kemukakan rayuan
  9. Muat turun Surat Akuan Terima Rayian Bakal Haji

Keutamaan pemilihan rayuan haji akan diberi kepada mereka yang membuat rayuan mahram, lanjut usia serta pembantu lanjut usia dan mereka yang telah terpilih pada tahun sebelum ini tetapi terpaksa menangguh pemergian haji. Selain itu, pertimbangan akan diberikan kepada mereka yang giliran menunaikan haji pada tahun berikut 2021.

  • Tekan Borang Rayuan Tabung Haji
  • Antara isi penting adalah:
    • Saya memahami bahawa kemampuan (istito’ah) menunaikan haji merujuk kepada kemampuan daripada segi kesihatan, kewangan, keselamatan dan terpilih dalam kuota haji. Bagi memenuhi syarat istito’ah, saya bertanggungjawab membiayai perbelanjaan sebenar mengikut kadar semasa yang ditentukan oleh pihak berkuasa.
    • Saya dengan ini memperakui (sila tandakan X):
      • Saya bersetuju untuk membayar sepenuhnya Bayaran Haji secara sukarela sebanyak RM22,900 tanpa Bantuan Haji oleh TH.
      • Saya memenuhi kemampuan kesihatan yang baik untuk menunaikan fardu haji

permohonan

Maklumat Lanjut

Anda boleh hubungi pihak yang bertugas di Tabung Haji Contact Centre (THCC):

SMS : TH < space > soalan dan hantar ke 33990
*setiap jawapan akan dicas RM0.50

Jam Beroperasi : 8:00 am – 6:30 pm
(Operasi pada hari Isnin sampai Ahad. Terkecuali pada hari cuti awam tertakluk pada kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.)

Artikel lain: Bantuan Subsidi Upah 3.0

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More