Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Rebat Pengangkutan GRAB Bagi Pengambilan Vaksin

Permohonan bagi Rebat Pengangkutan GRAB telah dibuka bagi warga Selangor!

Pakej Kita Selangor 2.0 menawarkan rebat pengangkutan bagi warga Selangor berumur 50 tahun ke atas yang menggunakan perkhidmatan Grab bagi pengambilan vaksin COVID-19 mulai 1 Julai 2021.

Pada  19 Jun lalu, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) menawarkan rebat pengangkutan sebanyak RM10 kepada warga emas berusia 50 tahun dan ke atas sebagai kos perjalanan mengambil suntikan vaksin ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV).

Kerajaan Negeri Selangor telah memperuntukkan sebanyak RM1 juta bagi menjayakan inisiatif yang memberikan manfaat kepada 50,000 orang penerima.

Isi Kandungan

Tujuan Rebat Pengangkutan GRAB

Rebat ini adalah bertujuan memudahkan rakyat Selangor khususnya warga emas untuk urusan pengambilan vaksin ke mana-mana 40 PPV di seluruh negeri Selangor.

Rebat sebanyak RM20 disediakan (Rm10 untuk pergi dan RM10 untuk balik), tebus dengan membuat pesanan pengangkutan menerusi aplikasi Grab. Sekiranya perjalanan melebihi RM10, anda perlu tambah nilai untuk membayar kadar lebihan tersebut.

Permohonan Rebat Pengangkutan GRAB Bagi Pengambilan Vaksin

Tarikh Permohonan

Permohonan rebat dibuka hari ini (20 Jun) dan rebat sah hingga 30 September 2021.

Syarat Kelayakan

Antara syarat kelayakan yang perlu dipenuhi pemohon untuk memohon rebat ini adalah seperti berikut:

  1. Rebat ini adalah terbuka kepada penduduk Selangor berusia 50 tahun dan ke atas.
  2. Rebat ini sah bagi perjalanan ke mana-mana 40 PPV di seluruh Negeri Selangor.
  3. Tujuan perjalanan mestilah hanya untuk mendapatkan suntikan vaksin sahaja.
  4. Rebat ini hanya sah bagi pesanan pengangkutan melalui Grab sahaja.

Baca Juga: Permohonan MySPP Bagi Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Cara Memohon Rebat Pengangkutan GRAB

Layari www.platselangor.com terlebih dahulu dan anda perlu ikuti langkah dibawah:

  1. Klik Inisiatif MBI Bisnes Amal untuk pendaftaran.
  2. Klik Rebat Pengangkutan Bagi Pengambilan Vaksin-Grab.
  3. Isi maklumat diri dengan lengkap dan betul.
  4. Klik butang Mohon Sekarang untuk menghantar permohonan.

Penggunaan

Pemohon boleh mengguna 2 cara seperti dibawah:

Cara Pertama

  1. Pilih ‘Car’ dan masukkan perjalanan tempahan bersama pusat vaksinasi di bahagian ‘Where to?’
  2. Seterusnya, klik ‘Confirm Pick Up.’
  3. Sebelum menempah perjalanan anda, klik pada ‘Offer’ untuk ke ganjaran diskaun.
  4. Klik ‘Use Now’ untuk menikmati potongan harga perjalanan.

Permohonan Rebat Pengangkutan GRAB Bagi Pengambilan Vaksin

Permohonan Rebat Pengangkutan GRAB Bagi Pengambilan Vaksin

Cara Kedua

  1. Klik pada ikon ‘Points.’
  2. Pergi ke ‘My Rewards’ dan lihat ganjaran diskaun di bawah ‘Active Rewards.’
  3. Klik ‘Use Now’ dan pengguna akan berada pada halaman tempahan Car.
  4. Masukkan perjalanan tempahan bersama pusat vaksinasi untuk menikmati potongan harga perjalanan.

Permohonan Rebat Pengangkutan GRAB Bagi Pengambilan Vaksin

Permohonan Rebat Pengangkutan GRAB Bagi Pengambilan Vaksin

Soalan Lazim Tentang Rebat Pengangkutan GRAB

  • Bolehkah orang lain menempah perjalanan untuk saya setelah saya mendapat ganjaran diskaun?
    • Tidak boleh. Oleh kerana ganjaran diskaun ini akan dimuat naik ke dalam aplikasi Grab anda, jadi hanya anda sahaja yang boleh membuat tempahan menggunakan ganjaran diskaun ini.

  • Adakah ganjaran diskaun ini boleh digunakan untuk semua jenis kenderaan di Grab, seperti GrabCar Plus, GrabCar 6 seater, GrabCar Premium dan lain lain?
    • Boleh. Ganjaran diskaun ini boleh digunakan pada apa-apa jenis kenderaan di Grab.

  • Saya tidak memenuhi syarat kelayakan untuk program ini. Bolehkan saya membuat rayuan status kelayakan saya?

Maklumat Lanjut

Anda boleh layari laman web rasmi mbiselangor untuk mendapat maklumat lanjut atau jika anda ingin membuat pertanyaan mengenai rebat ini, sila emailkan pertanyaan kepada [email protected].

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More