Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Semak Semula Keputusan SPM 2020

Disini kami kongsikan cara membuat Permohonan Semak Semula Keputusan SPM 2020. Sekiranya anda adalah pelajar atau ibubapa yang kurang berpuas hati dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan yakin berkemungkinan besar Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) telah melalukan kesilapan pada keputusan yang telah pun diumumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 10 Jun 2021, maka anda boleh membuat permohonan semakan semula keputusan SPM melalui mengisi borang yang boleh diperolehi di sekolah masing-masing ataupun di Jabatan Pendidikan Negeri masing masing.

Isi Kandungan

Cara Permohonan Semak Semula Keputusan SPM

Menurut Kementerian Pendidikan terdapat 2 kaedah untuk membuat Permohonan Semak Semula Keputusan SPM

Pelajar dan ibubapa boleh memilih cara yang mudah and sesuai mengikut kesenangan masing masing seperti berikut:

1. Mengisi Borang Permohonan Secara Manual

  • Sekiranya anda memilih untuk membuat permohonan secara manual maka permohonan mestilah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020). Borang ini boleh didapati disekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, Kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan.

2. Sekiranya anda memilih untuk membuat permohonan mengisi Cara Online maka anda perlu melakukan permohonan

Permohonan Semak Semula Keputusan SPM

Panduan & Proses Permohonan

Borang Permohonan yang telah lengkap diisi oleh pelajar ataupun ibubapa, ia perlu disertakan dengan satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM 2020 dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A.

Kadar bayaran yang akan dikenakan untuk pemprosesan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap satu mata pelajaran.

Kaedah bayaran untuk tujuan pemprosesan adalah seperti berikut:

  • Bagi Permohonan Melalui Pos
    • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA. Kokotkan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf pada Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) supaya tidak tercicir.
    • Cek persendirian tidak diterima sama sekali.
  • Sekiranya Permohonan dilakukan melalui Kaunter Lembaga Peperiksaan
    • Pembayaran hendaklah menggunakan Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf yang ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA.
    • Pembayaran menggunakan wang tunai juga akan diterima.
  • Cek persendirian tidak akan diterima sama sekali.

Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) yang telah lengkap diisi, satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan
sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan, Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf ditulis atas nama AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA dan dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkan dengan setem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat.

Tulis perkataan “SEMAK SEMULA KEPUTUSAN SPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada:

Pengarah Peperiksaan
Lembaga Peperiksaan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 8, Blok E11
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
(u.p.: Unit Menengah Atas)

 

Keputusan Permohonan

Keputusan permohonan semak semula keputusan SPM akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Semak Semula adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Sekiranya pelajar and ibubapa ada sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Unit Menengah Atas melalui talian 03-8884
3175/3357/3356 atau Unit Khidmat Bantu melalui talian 03-8884 3785 atau melalui e-mel [email protected]

Peraturan Permohonan Semakan Semula Keputusan SPM 2020 yang para pelajar and Ibubapa perlu ketahui:-

  1. Pastikan pelajar dan ibubapa kenalpasti mata pelajaran yang perlu disemak semula supaya permohonan semakan semula boleh dibuat sekaligus.
  2. Permohonan untuk semakan semula mestilah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020). Sila hubungi
    sekolah, Sektor/Unit Penilaian Dan Peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri, kaunter Semak Semula Lembaga Peperiksaan Putrajaya atau di portal rasmi Lembaga Peperiksaan
    lp.moe.gov.my untuk mendapatkan borang ini.
  3. Satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM 2020,
    markah peperiksaan percubaan dan sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan oleh Pengetua Sekolah atau Pegawai Kerajaan Kumpulan A perlu disertakan bersama dengan borang permohonan yang lengkap.
  4. Sekiranya pelajar ataupun ibubapa menghantar permohonan yang tidak lengkap atau tidak menggunakan Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) maka borang permohonan anda tidak akan diproses.
    1. Borang Permohonan Penyemakan Semula Keputusan Peperiksaan/Kes T (LP/Am 65 Pin. 1/2020) yang telah lengkap diisi, satu (1) salinan keratan keputusan peperiksaan SPM dan
      sijil/pernyataan pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah yang telah disahkan dan dua (2) sampul surat (11 cm x 22 cm) bernama dan beralamat sendiri yang telah dilekatkan
      setem RM1.30 hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat. Tulis perkataan “KES TSPM” pada sudut atas kiri sampul surat tersebut dan alamatkan kepada:
      Pengarah Peperiksaan
      Lembaga Peperiksaan
      Kementerian Pendidikan Malaysia
      Aras 8, Blok E11
      Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
      62604 PUTRAJAYA
      (u.p.: Unit Menengah Atas)
  5. Adalah diingatkan bahawa Borang permohonan yang diterima selepas 30 hari dari tarikh pengumuman rasmi keputusan Peperiksaan SPM maka borang tersebut tidak akan diproses.
  6. Keputusan permohonan akan dimaklumkan oleh Lembaga Peperiksaan melalui surat rasmi dalam tempoh dua (2)
    bulan dari tarikh tutup permohonan. Keputusan Kes T adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
  7. Sila ambik makluman bahawa permohonan penyemakan semula keputusan peperiksaan SPM hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan diumumkan.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More