Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Skim Air Darul Ehsan 2021

Penduduk di negeri Selangor yang berkelayakan dan masih belum memohon skim air percuma Selangor iaitu Skim Air Darul Ehsan (SADE), sukacita dimaklumkan permohonan SADE untuk tahun ini telahpun dibuka.

Untuk makluman, SADE adalah program penjajaran semula pemberian air percuma 20 meter padu kepada kumpulan sasar penduduk negeri Selangor warganegara Malaysia dengan pendapatan isi rumah RM 4,000 dan ke bawah. Oleh itu, permohonan SADE bagi tahun 2021 telah dibuka mulai 1 April 2020 sehingga Jun 2021.

permohonan

Isi Kandungan

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi individu yang ingin memohon SADE adalah seperti berikut:

  1. Pemohon ialah warganegara Malaysia dan menetap di Negeri Selangor.
  2. Pendapatan isi rumah pemohon adalah RM4,000 dan ke bawah.
  3. Pemohon tinggal di premis kediaman jenis meter individu.
  4. Pemohon hanya layak memohon untuk satu akaun sahaja.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://ssipr-daftar.selangor.gov.my/register.
  2. Isi maklumat yang ditetapkan dan klik butang ‘Daftar.’
  3. Log masuk dengan memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan.
  4. Isi maklumat diri dan premis untuk melengkapkan permohon.
  5. Hantar permohonan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 15300 atau menghantar email pertanyaan ke [email protected]

Artikel lain: Tarikh Bayaran & Jumlah Baki BPR Fasa 2

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More