Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Pokok Bonsai Yang Terselamat Daripada Bom Atom Hiroshima

Pokok Bonsai yang terselamat daripada bom atom Hiroshima kini berusia 400 tahun adalah merupakan pokok paling tua di dalam koleksi Muzium Bonsai & Penjing Negara.

pokok bonsai

Isi Kandungan

POKOK BONSAI DIHADIAHKAN OLEH BONSAI MASTER KEPADA AMERIKA SYARIKAT

Pokok Bonsai ini ditanam pada tahun 1625. Pokok ini berada hanya 2 batu dari lokasi bom atom digugurkan, iaitu pengeboman Hiroshima pada tahun 1945. Ianya kemudian dihadiahkan oleh Bonsai Master, iaitu Masaru Yamaki kepada Amerika Syarikat pada tahun 1976 sempena ulang tahun ke-200 penubuhan Amerika Syarikat. Pokok bonsai ini kini diletakkan di U.S National Arboretum di Washington, Amerika Syarikat.

Pokok ini merupakan pokok paling tua di dalam koleksi muzium berkenaan dan dikatakan membesar sambil diselenggara oleh sejumlah pakar Bonsai sejak ia berusia 3 hingga 5 tahun lagi. Bonsai merupakan sejenis pokok yang sukar dipelihara namun, pokok yang dimaksudkan menempuh perjalanan hidup yang cukup panjang walaupun Muzium Bonsai Negara sendiri tidak mengetahui waktu tepat ia sampai ke sana.

Pada tahun 2011, anak lelaki dan cucu kepada Yamaki mengunjungi muzium berkenaan untuk melihat pokok istimewa ini. Dalam kesempatan itu, mereka pun menceritakan sejarah tersembunyi di sebalik bonsai itu kepada penyelenggara pokok tersebut.

Semasa Amerika Syarikat melepaskan bom atom ke atas Hiroshima pada tahun 1945, letusan yang berlaku itu tidak lebih dari dua batu jaraknya daripada rumah Yamaki, di mana bonsai tersebut disimpan pada sebuah bangku taman. Keluarga Yamaki bersama pokok-pokok tersebut terselamat daripada kejadian dahsyat tersebut. Begitu juga dengan pokok-pokok bonsai yang lain yang turut disimpan di kebun itu. Semuanya disimpan di bawah sebuah tembok yang agak tinggi.

Walaubagaimanapun, bonsai daripada keluarga Yamaki ini bukanlah bonsai tertua di dunia walau ia sendiri merupakan spesis bonsai yang agak jarang. Antara bonsai tertua di dunia bertempat di Istana Diraja Tokyo yang menjadi rumah kepada pokok bonsai berusia 450 tahun dan 550 tahun.

Sumber : SHAUNACY FERRO

PENUTUP

Akhir kata, semoga perkongsian kami kali ini berkaitan Pokok Bonsai Yang Terselamat Daripada Bom Atom Hiroshima dapat memberi manfaat buat anda semua. Teruskan bersama kami untuk mendapatkan informasi, isu-isu semasa serta bahan pendidikan terkini dari semasa ke semasa. Sila layari laman web kami di https://t.me/tcerdotmy.

Terima kaisih.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Tasik Semulajadi Paling Jernih Dan Tertua Di Dunia 

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambila Jun 2021

Permohonan Gantian Kad Pengenalan Melalui Panggilan Telefon

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More