Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Gantian Kad Pengenalan Melalui Panggilan Telefon

Permohonan gantian kad pengenalan kini boleh dibuat hanya melalui panggilan telefon  tanpa perlu mengisi borang. Jika sebelum ini anda diperkenalkan dengan kemudahan gantian kad pengenalan secara online apabila kad pengenalan anda rosak fizikal atau cip,  namun kini tidak perlu lagi.

Tidak perlu lagi bersusah payah mengisi borang di kaunter atau secara online. Call sahaja dan ambil kad pengenalan anda setelah siap. Mudah sahaja.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui cara membuat gantian kad pengenalan melalui panggilan telefon.

Permohonan Gantian Kad Pengenalan

SYARAT PERMOHONAN GANTIAN KAD PENGENALAN

Untuk membuat permohonan gantian kad pengenalan melalui talian telefon, anda perlu ikuti syarat berikut :

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Permohonan untuk Gantian MyKad Biasa atau Kad/Cip Rosak
  3. Permohonan dan pengambilan MyKad hanya boleh dilakukan oleh pemilik MyKad sendiri sahaja
  4. Sebarang perubahan maklumat bagi alamat, agama, pindaan nama dan gambar TIDAK DIBENARKAN
  5. Caj hilang akan dikenakan jika pemohon tidak kemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter.

BAYARAN DIKENAKAN

Bayaran permohonan akan dikenakan sebanyak :

  • RM 10

Kutipan bayaran akan dikenakan semasa pengambilan kad di pusat kutipan. Caj hilang akan dikenakan jika pemohon tidak kemukakan MyKad lama semasa pengambilan MyKad di kaunter.

Kadar bayaran dikenakan jika kad pengenalan hilang seperti berikut :

May be an image of text that says "JABATAN PENDAFTARAN NEGARA KEMENTERIANDALAMNEGE KADAR BAYARAN HILANG MYKAD KEHILANGAN BAYARAN PERMOHONAN (RM) KALI PERTAMA BAYARAN FI (RM) JUMLAH BAYARAN (RM) 10.00 100.00 10.00 KALI KEDUA KALI KETIGA DAN SETERUSNYA 110.00 300.00 310.00 10.00 1,000.00 1,010.00 Apabila hilang kali ketiga & seterusnya, pemilik Kad Pengenalan akan dirujuk ke Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Jabatan. Hilang Kali Kedua Seterusnya Diwajibkan Membuat Laporan Polis Maklumat lanjut, sila hubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03-8880 7077 atau layari www.jpn.gov.my"

PUSAT KUTIPAN

Pusat kutipan adalah di :

  • JPN Putrajaya
  • JPN ZOOM
  • Ibu Pejabat JPN Negeri

TALIAN HOTLINE

Berikut adalah talian hotline yang perlu dihubungi untuk membuat permohonan gantian kad pengenalan :

  • Talian Hotline : 03-8880-8066

Talian hotline tersebut beroperasi seperti berikut :

WAKTU OPERASI

  • Hari : Isnin hingga Jumaat
  • Masa : Jam 8 pagi hingga 5 petang

WAKTU REHAT

  • 1 petang hingga 2 petang
  • Jumaat : 12.15 tengahari hingga 2.45 petang

CARA MOHON GANTIAN KAD PENGENALAN

Berikut adalah panduan membuat permohonan gantian kad pengenalan melalui panggilan telefon :

  1. Hubungi talian hotline 03-8880-8066
  2. Maklumkan anda ingin membuat permohonan gantian kad pengenalan biasa atau kad/cip rosak
  3. Anda akan terima pengesahan dan tarikh kutipan
  4. Hadir ke pusat kutipan yang dinyatakan
  5. Ambil kad pengenalan baharu, serahkan kad pengenalan lama dan bayar mengikut jumlah bayaran yang dikenakan

Memandangkan penularan pandemik di negara kita masih membimbangkan, orang ramai dinasihatkan untuk membuat temujanji jika ingin berurusan di kaunter JPN. Bagi kes gantian kad pengenalan secara panggilan telefon, anda tidak perlu membuat temujanji , sebaliknya hadir ke kaunter JPN pada tarikh yang dtetapkan untuk urusan pengambilan kad baharu tersebut.

PENUTUP

Akhir kata, semoga perkongsian kami kali ini berkaitan dengan Permohonan Gantian Kad Pengenalan Melalui Panggilan Telefon dapat memberi manfaat buat anda semua. Untuk lebih banyak info dan isu-isu semasa serta bahan-bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa, sila layari laman web kami di t.me/tcerdot.my.

Terima kasih.

Anda juga mungkin berminat dengan :

Pengambilan Peserta Program Bootcamp KBS 2021

Program Latihan Kemahiran Pertanian Kebangsaan (PLKPK), Elaun RM300 Sebulan

Permohonan Ke Program Matrikulasi, PISMP, PCC Dibuka Mulai 15 Mac

 

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More