Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Portal Digital Delima: Cara Muat Turun Buku Teks Digital

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan portal rasmi Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) khas untuk kegunaan para guru dan pelajar-pelajar. Ia juga dikenali sebagai Portal DELIMA. Portal ini amat mudah untuk diakses samada pelajar mahupun ibubapa.

Ibubapa perlu mengetahui lebih terperinci tentang DELIMa kerana ianya memberikan banyak manfaat kepada para pelajar secara PERCUMA.

Bukan itu sahaja, DELIMa adalah medium atau portal utama yang menyediakan bahan kegunaan berkaitan pengurusan pengajaran dan pembelajaran kepada guru dan juga pelajar.

Isi Kandungan

Cara Menggunakan Portal Digital Delima

Berikut merupakan cara memuat turun buku teks digital asas melalui Portal Digital DELIMa:

cara

  • Menurut langkah yang diberi ini, anda perlu login terlebih dahulu ke portal DELIMa , klik butang Log Masuk.
  • Para guru dan murid boleh mengakses portal DELIMa dengan menggunakan ID e-mel MOE Digital Learning (DL) anda yang telah dibekalkan oleh penyelaras ICT di sekolah masing-masing. (Contoh e-mel: [email protected])

Portal Digital Delima: Cara Muat Turun Buku Teks Digital 1

  • Pilih menu yang bersesuaian dengan anda pada muka hadapan (interface) MENU
  • Sekiranya anda seorang guru, sila klik pada menu ‘Guru‘, manakala untuk murid pula klik pada menu ‘Murid‘.

Portal Digital Delima: Cara Muat Turun Buku Teks Digital 2

  • Pilih ikon ‘Buku Teks Digital

Portal Digital Delima: Cara Muat Turun Buku Teks Digital 3

  • Pilih Tahun atau Tingkatan mengikut kemahuan anda pada senarai yang tertera
  • Anda juga boleh memilih Jenis Sekolah seperti : SK/SJKC/SJKT/KSSR
  • Semua buku teks ini adalah disimpan di dalam “Google Drive“.
  • Apabila paparan seperti gambar diatas keluar, anda pilih judul buku teks yang ingin dimuat turun.
  • Selepas memilih judul buku teks, paparan seperti diatas akan keluar.
  • Klik pada butang (rujuk pada gambar: bulatan hijau) untuk memuat turun
  • Buku teks digital asas sudah selesai dimuat turun dan boleh digunakan.

Penutup

Kepada semua guru dan ibubapa yang ingin memuat turun/ download soalan, jadikanlah tcer.my sebagai hub pencarian ilmuan anda.

teruskan bersama kami di t.me/tcerdot.my untuk mendapatkan informasi dan bahan – bahan pendidikan yang terkini dan terbaik dari semasa ke semasa.

Artikel lain: 6 Cara Tukar Fail PDF kepada WordCara Buat Janji Temu Jabatan Pendaftaran Negara Online

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More