Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Buka Puasa Dimasjid Dilarang Negeri Terengganu

Program Berbuka dan Bersahur Tidak Dibenarkan

program

Kuala Terengganu: Sebarang program berbuka puasa, moreh mahupun bersahur tidak dibenarkan di semua masjid serta surau di negeri ini sepanjang Ramadan ini.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) Mat Azmi Arshad berkata, larangan berkenaan dibuat bagi membantu kerajaan membendung penularan pandemik Covid-19.

Menurutnya, jemaah hanya dibenarkan berbuka puasa, moreh serta bersahur dengan makanan berbungkus dan tidak membabitkan jumlah yang ramai.

“Garis panduan prosedur operasi standard (SOP) aktiviti sepanjang Ramadan termasuk majlis berbuka puasa sudah diedarkan kepada jawatankuasa masjid dan surau di seluruh negeri.

“Mereka diminta menyediakan kurma dan air mineral bagi membolehkan jemaah yang datang awal dapat menunaikan solat Maghrib berjemaah selepas berbuka puasa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mat Azmi berkata, sebelum berlaku penularan pandemik, menjadi kebiasaannya bagi umat Islam di negeri ini mengadakan majlis berbuka puasa membabitkan penduduk kampung.

“Mereka akan mengadakan gotong-royong menyediakan masakan untuk berbuka puasa, namun aktiviti itu dilarang berikutan penularan pandemik Covid-19, di seluruh negara sejak Mac tahun lalu.

“Semua jawatankuasa masjid dan surau di negeri ini diminta sentiasa mematuhi SOP ditetapkan bagi membantu kerajaan membendung penularan Covid-19,” katanya.

Sumber Harian Metro

Artikel lain: Bandar Belia Malaysia Tanjung Malim Perak

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More