Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Khas JKPJ (Jepun, Korea, Perancis & Jerman) Tahun 2025

Berikut adalah info terkini mengenai Program Khas JKPJ Tahun 2025 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Isi Kandungan

Permohonan Program Khas JKPJ Tahun 2025

Permohonan adalah dipelawa kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 untuk mendapatkan penajaan JPA di bawah Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ) Tahun 2025.

Penajaan Program Khas JKPJ ini dibuka kepada semua pelajar lepasan SPM Tahun 2024 yang berminat dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (S&T) dan Sains Sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman.

Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

Pelajar akan mengikuti kursus persediaan di Kolej Persediaan yang telah ditetapkan. Seterusnya, penajaan akan dipertimbangkan kepada pelajar yang mendapat tempat pengajian di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan institusi yang ditetapkan sahaja.

Penajaan Program Khas JKPJ ini juga adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Berasaskan Merit Akademik memperuntukkan kemudahan pengecualian / pengurangan bayaran balik pinjaman berdasarkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) akhir dan / atau dilantik dalam Sektor Awam setaraf dengan kelayakan atau apa-apa bentuk penajaan yang ditentukan oleh Kerajaan.

Program Khas JKPJ (Jepun, Korea, Perancis & Jerman) Tahun 2025 1
Program Khas JKPJ

Syarat Kelayakan Permohonan

Sebelum mengisi permohonan, calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum permohonan bagi Program Khas JKPJ 2025 seperti di bawah:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian.
  3. Ibu dan / atau bapa dan / atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
  4. Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan / tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.
  5. Menduduki peperiksaan SPM 2024 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian.
  6. Umur belum mencapai 19 tahun (atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.

Selain itu, calon juga mestilah memenuhi syarat-syarat khusus permohonan bagi Program Khas JKPJ 2025 seperti berikut:

BidangNegara PengajianKolej PersediaanKod ProgramSyarat Kelayakan
KejuruteraanJepunINTEC Education CollegeJKPJ 001Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam 5 mata pelajaran berikut:
1. Bahasa Melayu;
2. Matematik;
3. Matematik Tambahan;
4. Fizik;
5. Kimia;
DAN Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam 2 mata pelajaran berikut:
1. Bahasa Inggeris;
2. Sejarah.
Sains dan TeknologiJepunINTEC Education CollegeJKPJ 002Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam 5 mata pelajaran berikut:
1. Bahasa Melayu;
2. Matematik;
3. Matematik Tambahan;
4. Fizik;
5. Kimia;
DAN Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam 2 mata pelajaran berikut:
1. Bahasa Inggeris;
2. Sejarah.
KejuruteraanKoreaINTEC Education CollegeJKPJ 003Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam 5 mata pelajaran berikut:
1. Bahasa Melayu;
2. Matematik;
3. Matematik Tambahan;
4. Fizik;
5. Kimia;
DAN Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam 2 mata pelajaran berikut:
1. Bahasa Inggeris;
2. Sejarah.
Sains dan TeknologiKoreaINTEC Education CollegeJKPJ 004Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam 5 mata pelajaran berikut:
1. Bahasa Melayu;
2. Matematik;
3. Matematik Tambahan;
4. Fizik;
5. Kimia;
DAN Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam 2 mata pelajaran berikut:
1. Bahasa Inggeris;
2. Sejarah.
KejuruteraanKoreaUniKL-MIITJKPJ 005Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam 5 mata pelajaran berikut:
1. Bahasa Melayu;
2. Matematik;
3. Matematik Tambahan;
4. Fizik;
5. Kimia;
DAN Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam 2 mata pelajaran berikut:
1. Bahasa Inggeris;
2. Sejarah.
Sains dan TeknologiKoreaUniKL-MIITJKPJ 006Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam 5 mata pelajaran berikut:
1. Bahasa Melayu;
2. Matematik;
3. Matematik Tambahan;
4. Fizik;
5. Kimia;
DAN Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam 2 mata pelajaran berikut:
1. Bahasa Inggeris;
2. Sejarah.
KejuruteraanPerancisINTEC Education CollegeJKPJ 007Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam 5 mata pelajaran berikut:
1. Bahasa Melayu;
2. Matematik;
3. Matematik Tambahan;
4. Fizik;
5. Kimia;
DAN Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam 2 mata pelajaran berikut:
1. Bahasa Inggeris;
2. Sejarah.
Sains dan TeknologiPerancisINTEC Education CollegeJKPJ 008Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam 5 mata pelajaran berikut:
1. Bahasa Melayu;
2. Matematik;
3. Matematik Tambahan;
4. Fizik;
5. Kimia;
DAN Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam 2 mata pelajaran berikut:
1. Bahasa Inggeris;
2. Sejarah.
Sains SosialPerancisUniKL-MFIJKPJ 009Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam 5 mata pelajaran berikut:
1. Bahasa Melayu;
2. Matematik;
3. Tiga (3) mata pelajaran lain;
DAN Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam 2 mata pelajaran berikut:
1. Bahasa Inggeris;
2. Sejarah.
Sains dan TeknologiJermanSunway CollegeJKPJ 010Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam 5 mata pelajaran berikut:
1. Bahasa Melayu;
2. Matematik;
3. Matematik Tambahan;
4. Fizik;
5. Kimia;
DAN Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam 2 mata pelajaran berikut:
1. Bahasa Inggeris;
2. Sejarah.

Cara Membuat Permohonan

Permohonan bagi Program Khas JKPJ 2025 kini dibuka secara dalam talian pada ePermohonan Jabatan Perkhidmatan Awam bermula 28 April 2025 (2.00 Petang) hingga 11 Mei 2025 (5.00 Petang).

Calon diwajibkan mengambil dan melengkapkan Ujian Khas Penajaan Persekutuan (UKPP) melalui Sistem ePermohonan. Calon yang tidak menduduki ujian ini adalah dikira gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.

Calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC. SAC diadakan bertujuan bagi menyediakan profil interpersonal pelajar dan menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.

Tarikh-Tarikh Penting

Berikut adalah tarikh-tarikh penting mengenai permohonan bagi Program Khas JKPJ 2025, iaitu:

AktivitiTarikh / Hari / Masa
Permohonan Dibuka28 April 2025 (Isnin) | 2.00 Petang
Permohonan Ditutup11 Mei 2025 (Ahad) | 5.00 Petang
Pengisian UKPP28 April 2025 (Isnin) | 2.00 Petang

11 Mei 2025 (Ahad) | 5.00 Petang
Semakan Panggilan SAC2 Jun 2025 (Isnin) | 9.00 Pagi

5 Jun 2025 (Khamis) | 4.00 Petang
Tempoh SAC10 Jun 2025 (Selasa) – 12 Jun 2025 (Khamis)
Jangkaan KeputusanMinggu Kedua Julai 2025

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan berkaitan bagi Program Khas JKPJ ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 – 8885 3297 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang atau e-melkan kepada [email protected] (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More