Program Khas JPA-MARA (PKJM) Tahun 2025

Berikut adalah info terkini mengenai Program Khas JPA-MARA (PKJM) Tahun 2025 Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Isi Kandungan
Permohonan Program Khas JPA-MARA Tahun 2025
Program Khas JPA-MARA (PKJM) Tahun 2025 merupakan penajaan JPA kepada pelajar Bumiputera cemerlang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 untuk mengikuti pengajian peringkat Persediaan dan Ijazah Pertama di Dalam Negara dan Luar Negara iaitu di negara Jepun, United Kingdom dan New Zealand dalam bidang-bidang berkaitan.
Pelajar-pelajar yang ditawarkan penajaan PKJM Luar Negara di bawah program ini akan mengikuti pengajian Persediaan di kolej persediaan yang telah ditetapkan.
Manakala, pelajar yang ditawarkan penajaan PKJM Dalam Negara di bawah program ini akan mengikuti pengajian Persediaan dan Ijazah Pertama di institusi pengajian yang sama.
Bagi PKJM Dalam Negara, senarai IPTS (GLU) yang terlibat dibawah penajaan ini adalah seperti berikut:
- Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
- Universiti Multimedia (MMU)
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
Penajaan Program Khas JPA-MARA ini adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) Berasaskan Merit Akademik memperuntukkan kemudahan pengecualian / pengurangan bayaran balik pinjaman berdasarkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) akhir dan / atau dilantik dalam Sektor Awam setaraf dengan kelayakan.

Syarat Kelayakan Permohonan
Sebelum mengisi permohonan, calon-calon mestilah memenuhi syarat-syarat umum permohonan bagi Program Khas JPA-MARA 2025 seperti di bawah:
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon disyaratkan bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan dan berupaya mengikuti pengajian sehingga tamat, serta disahkan sihat untuk meneruskan pengajian.
- Ibu dan / atau bapa dan / atau pemohon tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh JPA.
- Sekiranya berjaya ditawarkan penajaan JPA, pemohon tidak dibenarkan menerima bantuan kewangan / tajaan daripada mana-mana agensi untuk peringkat atau pengajian yang sama.
- Menduduki peperiksaan SPM 2024 buat kali pertama di mana-mana sekolah menengah atau calon-calon persendirian.
- Umur belum mencapai 19 tahun (atau belum mencapai 20 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember tahun peperiksaan SPM diduduki.
Selain itu, calon juga mestilah memenuhi syarat-syarat khusus permohonan bagi Program Khas JPA-MARA 2025 seperti berikut:
Program | Bidang | Negara Pengajian | Kolej Persediaan | Syarat Kelayakan | |
---|---|---|---|---|---|
PKJM Luar Negara | Akademik Jepun (PKJM 001) | Kejuruteraan / Sains & Teknologi | Jepun | Ambang Asuhan Jepun | Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam 5 mata pelajaran berikut: 1. Bahasa Melayu; 2. Matematik; 3. Matematik Tambahan; 4. Fizik; 5. Kimia; DAN Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam 2 mata pelajaran berikut: 1. Bahasa Inggeris; 2. Sejarah. |
PKJM Luar Negara | Akademik Jepun (PKJM 002) | Sains Sosial | Jepun | Pusat Bahasa Teikyo | Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam 4 mata pelajaran berikut: 1. Bahasa Melayu; 2. Matematik; 3. Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syari’ah Islamiah / Pendidikan Moral / Usul Al-Din / Al-Syariah / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Turath Dirasat Islamiah; 4. Satu mata pelajaran lain; DAN Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam 3 mata pelajaran berikut: 1. Matematik Tambahan; 2. Bahasa Inggeris; 3. Sejarah. |
PKJM Luar Negara | Akademik United Kingdom (PKJM 003) | Kejuruteraan / Sains & Teknologi | United Kingdom | Malay College Kuala Kangsar / Kolej Tunku Kurshiah | Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam 5 mata pelajaran berikut: 1. Bahasa Melayu; 2. Matematik; 3. Matematik Tambahan; 4. Fizik; 5. Kimia; DAN Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam 2 mata pelajaran berikut: 1. Bahasa Inggeris; 2. Sejarah. |
PKJM Luar Negara | Akademik United Kingdom (PKJM 004) | Sains Sosial | United Kingdom | International Islamic School Malaysia | Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam 5 mata pelajaran berikut: 1. Bahasa Melayu; 2. Matematik; 3. Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syari’ah Islamiah / Pendidikan Moral / Usul Al-Din / Al-Syariah / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Turath Dirasat Islamiah; 4. Dua mata pelajaran lain; DAN Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam 2 mata pelajaran berikut: 1. Bahasa Inggeris; 2. Sejarah. |
PKJM Luar Negara | Berkembar New Zealand (PKJM 005) | Perakaunan / Ekonomi / Kewangan | Malaysia dan New Zealand | Kolej Yayasan Saad Business School | Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam 5 mata pelajaran berikut: 1. Bahasa Melayu; 2. Matematik; 3. Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah / Pendidikan Syari’ah Islamiah / Pendidikan Moral / Usul Al-Din / Al-Syariah / Turath Al-Quran dan Al-Sunnah / Turath Dirasat Islamiah; 4. Dua mata pelajaran lain; DAN Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam 2 mata pelajaran berikut: 1. Bahasa Inggeris; 2. Sejarah. |
PKJM Dalam Negara | (PKJM 006) | Kejuruteraan / Sains & Teknologi | Malaysia | IPTS (GLU) | Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam 5 mata pelajaran berikut: 1. Bahasa Melayu; 2. Matematik; 3. Matematik Tambahan; 4. Fizik; 5. Kimia; DAN Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam 2 mata pelajaran berikut: 1. Sejarah; 2. Satu mata pelajaran lain. |
PKJM Dalam Negara | (PKJM 007) | Sains Sosial | Malaysia | IPTS (GLU) | Mendapat sekurang-kurangnya gred A dalam 5 mata pelajaran berikut: 1. Bahasa Melayu; 2. Matematik; 3. Pendidikan Islam / Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Moral; 4. Dua mata pelajaran lain. DAN Mendapat sekurang-kurangnya gred A- dalam 2 mata pelajaran berikut: 1. Sejarah; 2. Satu mata pelajaran lain. |
Cara Membuat Permohonan
Permohonan bagi Program Khas JPA-MARA 2025 kini dibuka secara dalam talian pada ePermohonan Jabatan Perkhidmatan Awam bermula 28 April 2025 (2.00 Petang) hingga 11 Mei 2025 (5.00 Petang).
Calon diwajibkan mengambil dan melengkapkan Ujian Khas Penajaan Persekutuan (UKPP) melalui Sistem ePermohonan. Calon yang tidak menduduki ujian ini adalah dikira gagal dan tidak layak ditawarkan penajaan.
Calon yang memohon akan disenarai pendek dan dipanggil untuk menghadiri SAC. SAC diadakan bertujuan bagi menyediakan profil interpersonal pelajar dan menyediakan maklumat kumulatif berkenaan kompetensi pelajar bagi memilih pelajar terbaik untuk ditaja JPA.
Tarikh-Tarikh Penting
Berikut adalah tarikh-tarikh penting mengenai permohonan bagi Program Khas JPA-MARA 2025, iaitu:
Aktiviti | Tarikh / Hari / Masa |
---|---|
Permohonan Dibuka | 28 April 2025 (Isnin) | 2.00 Petang |
Permohonan Ditutup | 11 Mei 2025 (Ahad) | 5.00 Petang |
Pengisian UKPP | 28 April 2025 (Isnin) | 2.00 Petang – 11 Mei 2025 (Ahad) | 5.00 Petang |
Semakan Panggilan SAC | 2 Jun 2025 (Isnin) | 9.00 Pagi – 5 Jun 2025 (Khamis) | 4.00 Petang |
Tempoh SAC | 10 Jun 2025 (Selasa) – 12 Jun 2025 (Khamis) |
Jangkaan Keputusan | Minggu Kedua Julai 2025 |
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan berkaitan bagi Program Khas JPA-MARA ini boleh dibuat dengan menghubungi talian 03 – 8885 3297 pada setiap hari bekerja mulai jam 9.00 pagi hingga jam 4.30 petang atau e-melkan kepada [email protected] (talian dan e-mel ini hanya aktif dalam tempoh permohonan dibuka sahaja).
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!