Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi Tahun 2024

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai tajaan program pelajar cemerlang matrikulasi bagi tahun 2024.

Isi Kandungan

Mengenai Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi

Program Pelajar Cemerlang (PPC) Matrikulasi merupakan sebuah program khas untuk pelajar Matrikulasi yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam pengajian.

Oleh itu, permohonan bagi program ini tidak dibuka untuk pelajar yang tidak melanjutkan pengajian di Matrikulasi di bawah penyeliaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Walau bagaimanapun, ramai pelajar Matrikulasi sendiri mungkin tidak pernah mendengar mengenai program tajaan ini.

Secara ringkasnya, PPC Matrikulasi merupakan tawaran biasiswa kepada pelajar lepasan Matrikulasi KPM untuk melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Luar Negara.

Program PPC Matrikulasi di bawah Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (SLTPPM) telah dilaksanakan sejak tahun 2006 ke United Kingdom dengan penghantaran seramai 18 pelajar lulusan Matrikulasi ke Universiti terkemuka di United Kingdom (UK) dalam bidang STEM.

Kumpulan pelajar berkenaan juga menyambung pengajian ikhtisas Post Graduate Certificate in Education di United Kingdom selama setahun.

Program pengajian yang ditawarkan juga mungkin berubah dari semasa ke semasa mengikut pengumuman terkini oleh pihak KPM.

Pelajar akan menerima

  • Biasiswa Perguruan Persekutuan untuk pengajian Ijazah Pertama Dalam / Luar Negara selama 3 hingga 4 tahun, beserta
  • 1 tahun pengajian Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP) Dalam Negara.

Pelajar yang telah menamatkan pengajian DPP dan lulus temu duga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) akan dilantik sebagai pensyarah di kolej Matrikulasi KPM.

Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi Tahun 2024 1
Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi

Permohonan Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi 2024

Bahagian Matrikulasi KPM telah membuka peluang kepada pelajar cemerlang Program Matrikulasi KPM untuk memohon Program Pelajar Cemerlang (PPC) Matrikulasi 2024 di bawah SLTPPM.

Permohonan bagi PPC Matrikulasi 2024 kini dibuka bermula 23 Februari 2024 sehingga 29 Februari 2024.

Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi Tahun 2024 2
Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi

Bidang Pengajian

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah

  • Science, Technology, Engineering & Mathematics (STEM).
  • Perakaunan.
  • Bahasa Inggeris.

Bagi pengajian bidang STEM dan Perakaunan, pelajar akan ditempatkan di Luar Negara sama ada Australia atau New Zealand.

Manakala, bidang Bahasa Inggeris Luar Negara akan ditempatkan di United Kingdom dan bagi bidang Bahasa Inggeris Dalam Negara akan ditempatkan di Universiti Malaya / Universiti Awam (UA) yang ditetapkan oleh KPM.

Pemilihan Calon

Calon akan dipilih berdasarkan kriteria-kriteria berikut:

  • Calon memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan.
  • Diperaku Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan temu duga. Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan pengiraan merit yang akan mengambil kira markah akademik, temu duga dan kokurikulum calon.

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut merupakan syarat-syarat am bagi permohonan PPC Matrikulasi mulai tahun 2024, iaitu

  1. Terbuka kepada semua pelajar tahun akhir yang sedang mengikuti pengajian di Program Matrikulasi KPM.
  2. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan gred minimum Kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik.
  3. Memperoleh sekurang-kurangnya Band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET).
  4. Mencapai skor minimum lapan (8) dalam penilaian kokurikulum.
  5. Tiada rekod disiplin.
  6. Sihat tubuh badan.

Cara Permohonan

Pelajar yang berminat untuk memohon Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi 2024 ini boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) melalui portal Matrikulasi KPM pada pautan berikut:

>>>Aplikasi BMKPM<<<

Proses Pengambilan PCC Matrikulasi Bidang Bahasa Inggeris Ke Luar Negara

Berikut merupakan garis masa proses pengambilan PPC Matrikulasi bidang Bahasa Inggeris ke Luar Negara bagi tahun 2024. Sebarang perubahan tarikh-tarikh berikut tertakluk kepada pindaan.

Tarikh PentingProses Pengambilan
23 Februari 2024 – 29 Februari 2024Permohonan PPC Matrikulasi & SLTPPM
4 Mac 2024Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG)
7 Mac 2024Ujian Kecergasan Fizikal (UKF)
18 Mac 2024 – 21 Mac 2024Temu Duga
April 2024Hebahan Calon Jaya
April 2024 – Jun 2024Taklimat Biasiswa / Kursus IELTS
Jun 2024 / Julai 2024Permohonan Ke Universiti / Pengurusan Visa
1 Ogos 2024 – 31 Ogos 2024Kursus Persediaan Ke Luar Negara / Coaching Council
September 2024Taklimat Pelepasan Dan Amanat KPM
Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi

Tarikh-Tarikh Penting Pengambilan SLTPPM Bidang TESL Dalam Negara

Berikut pula merupakan tarikh-tarikh penting pengambilan SLTPPM Bidang TESL Dalam Negara bagi tahun 2024. Sebarang perubahan tarikh-tarikh berikut tertakluk kepada pindaan.

Tarikh PentingProses Pengambilan
23 Februari 2024 – 29 Februari 2024Permohonan PCC Matrikulasi & SLTPPM
1 Mac 2024 – 31 Mac 2024Kemaskini Permohonan
Mei 2024 / Jun 2024MEdSI
Jun 2024 / Julai 2024Temu Duga
Ogos 2024 / September 2024Hebahan Calon Jaya
September 2024Taklimat Biasiswa
September 2024 / Oktober 2024Pendaftaran Di UA
Oktober 2024Sesi Libat Urus
Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More