Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Pemerkasaan Komuniti Bendung COVID-19

Program Pemerkasaan Komuniti

Program Pemerkasaan Komuniti adalah senjata membendung penularan COVID-19 dan selaras strategi dalam Dasar Perpaduan Negara bagi memperkasakan institusi keluarga dan komuniti yang dilancarkan pada 15 Februari lalu.

pemerkasaan

Komuniti perlu meningkatkan usaha memainkan peranan sebagai pejuang barisan hadapan dalam menangani pandemik COVID-19. Perdana Menteri berkata, usaha itu ialah antara kaedah atau pendekatan terbaik bagi mengekang penularan jangkitan dalam komuniti.

Sehingga vaksin dapat mencapai sasaran ditetapkan, usaha ini tidak akan dapat mencapai matlamat jika tidak didukung setiap lapisan masyarakat. Walaupun kes positif baharu kini semakin menurun, bilangan kes masih tinggi. Justeru, Program Pemerkasaan Komuniti adalah senjata bagi membendung penularan virus COVID-19. Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan menyasarkan sekurang-kurang 80 peratus penduduk dewasa negara ini menerima vaksin menjelang Februari 2022 bagi mengurangkan penularan COVID-19.

Antara langkah sedang diambil ialah pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan untuk melindungi masyarakat daripada wabak berkenaan. Vaksinasi COVID-19 adalah secara sukarela dan akan diberikan secara percuma kepada semua warganegara serta bukan warganegara Malaysia.

Setakat 23 Mac lalu, beliau berkata, seramai 6.4 juta penduduk Malaysia telah mendaftar untuk pengambilan vaksin melalui aplikasi MySejahtera. Dari segi penerima vaksin pula, setakat ini, jumlah pemberian dos pertama dan kedua ialah sebanyak 481,989. Selangor mencatat jumlah penerima dos vaksin pertama tertinggi, iaitu sebanyak 58,552, manakala Sarawak mencatat penerima kedua-dua dos vaksin tertinggi sebanyak 10,166.

Sumber Berita Harian

Artikel: Penarafan Bintang MyMAP

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More