Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Permohonan Program Pendidikan Khas Tahun 2025

Berikut dikongsikan dengan lebih lanjut mengenai permohonan Program Pendidikan Khas bagi tahun 2025 yang kini sedang dibuka.

Isi Kandungan

Mengenai Program Pendidikan Khas

Selain Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) turut menyediakan juga Program Pendidikan Khas (PPK) untuk pelajar-pelajar OKU yang memerlukan.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat kepada golongan OKU yang melanjutkan pengajian di UA, IPTS, Kolej Komuniti dan Politeknik di bawah seliaan KPT.

Permohonan Program Pendidikan Khas Tahun 2025 1
Permohonan Program Pendidikan Khas Tahun 2025 2

Skop Pembiayaan

Skop pembiayaan PPK adalah tertumpu kepada Kolej Komuniti dan Politeknik terpilih sahaja dari Sijil Kemahiran Khas.

Senarai Institusi dan Nama Program yang terlibat adalah seperti ketetapan berikut:

InstitusiNama Program
Politeknik Ungku OmarSijil Khas Pembinaan
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz ShahSijil Khas Penyenggaraan Mekanikal
Politeknik Kota KinabaluSijil Khas Operasi Katering
Politeknik Tuanku Syed SirajuddinSijil Khas Operasi Katering
Politeknik Ibrahim SultanSijil Khas Operasi Katering
Sijil Khas Reka Bentuk Fesyen
Sijil Khas Reka Bentuk Grafik
Kolej Komuniti SelayangSijil Asas Kulinari

Elemen Tajaan

Kadar Bayaran PPK adalah sebanyak RM 4260 / Semester 1 sahaja dan RM 3960 / Semester 2 hingga 4.

Tempoh Penajaan

Tempoh penajaan PPK adalah 2 Tahun.

Syarat Kelayakan Permohonan

Berikut adalah syarat-syarat kelayakan permohonan Program Pendidikan Khas, iaitu:

  1. Pelajar warganegara Malaysia.
  2. Pelajar berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan telah mempunyai kad OKU.
  3. Pelajar OKU yang mempunyai kod DD atau DE (Pendengaran sahaja) di Kolej Komuniti dan Politeknik terpilih.

Cara Membuat Permohonan

Sepertimana Bantuan Kewangan Orang Kurang Upaya (BKOKU), permohonan Program Pendidikan Khas bagi tahun 2025 juga kini dibuka bermula 18 April 2025 sehingga 30 Mei 2025 dan permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan mengemukakan salinan dokumen yang dinyatakan dengan lengkap melalui Sistem Penajaan OKU (SisPO).

Hanya Invois Asal yang perlu dimuatnaik melalui Sistem Penajaan OKU (SisPO).

Maklumat Lanjut

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan permohonan Program Pendidikan Khas ini, anda boleh rujuk laman web Sistem BKOKU atau terus hubungi talian 03 – 8870 6347 atau e-mel kepada [email protected].

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More