Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Program Vaksinasi Covid-19 Kanak-kanak Bermula Februari 2022

Program Vaksinasi COVID-19 bagi kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun akan bermula Februari ini.

Setakat ini hanya dos pediatrik vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty yang telah diluluskan untuk kanak-kanak kategori umur ini. Ia telah dibuktikan selamat dan berkesan.

Isi Kandungan

PROGRAM VAKSINASI COVID-19 KANAK-KANAK

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan program vaksinasi Covid-19 jenis Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur 5 hingga bawah 12 tahun bermula Februari ini.

Menterinya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, keutamaan untuk pemberian vaksin pada permulaan program tersebut adalah kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan kerana mereka lebih berisiko untuk dijangkiti Covid-19.

“Masalah kesihatan tersebut merangkumi penyakit respiratori kronik, kardiovaskular, immunosuppression, kencing manis, penyakit ginjal kronik dan penyakit saraf.” Katanya

Khairy memaklumkan, program vaksinasi kanak-kanak itu akan bermula pada 3 Februari ini di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.

Katanya, sistem tempahan janji temu melalui MySejahtera akan mula dibuka pada penghujung Januari ini dan ibu bapa boleh mula mendaftarkan anak mereka sebagai tanggungan dalam aplikasi berkenaan.

Baca juga Tarikh Buka Sekolah KPM Sesi 2022/2023 dan Cuti Akhir Penggal.

SIAPAKAH YANG LAYAK DALAM PROGRAM VAKSINASI COVID-19 KANAK-KANAK?

Kanak-kanak yang layak mengambil suntikan adalah :

  • Kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun disarankan untuk menerima vaksin Covid-19.
  • Keutamaan diberikan kepada kanak-kanak yang mempunyai komorbid dan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk.

PROGRAM VAKSINASI

SIAPA YANG TIDAK LAYAK DALAM PROGRAM VAKSINASI INI?

Kanak-kanak yang tidak layak mengambil suntikan adalah :

  • Kanak-kanak yang mempunyai sejarah reaksi alahan teruk atau sejarah anafilaksis terhadap
    • Ubat, makanan, atau bahan yang tidak diketahui
    • Sebarang reaksi atau alahan dalam masa 72 jam terhadap dos vaksin pertama atau mana-mana kandungan vaksin Covid-19

SEJAUH MANAKAH KESELAMATAN DAN KEBERKESANAN VAKSIN COVID-19 KEPADA KANAK-KANAK?

PROGRAM VAKSINASI

Kanak-kanak akan menerima kuantiti dos yang lebih rendah, iaitu 1/3 daripada dos yang diberikan kepada individu berumur 12 tahun ke atas.

Ujian klinikal menunjukkan pengurangan 90% kemungkinan mendapat jangkitan bergejala di kalangan kanak-kanak yang telah divaksin.

Kesan sampingan yang biasa secara amnya adalah ringan dan sederhana.

Pemberian vaksin kepada kanak-kanak akan mengurangkan kemungkinan mereka untuk mendapat penyakit serius atau mengalami komplikasi jangka masa panjang akibat jangkitan Covid-19.

Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini telah memaklumkan bahawa Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-386 yang telah bersidang pada 6 Januari 2022 bersetuju memberikan kelulusan pendaftaran bersyarat bagi produk vaksin Pfizer (COMIRNATY) untuk kanak-kanak.

KKM dalam sebuah sidang media tersebut menjelaskan bahawa vaksin yang diluluskan untuk kanak-kanak bawah 12 tahun adalah seperti berikut:

  1. COMIRNATY 10mcg Concentrate for Dispersion for Injection
    • Merupakan vaksin COMIRNATY yang diluluskan untuk imunisasi COVID-19 kepada kanak-kanak berumur 5 hingga 11 tahun. Sediaan ini mempunyai kekuatan yang lebih rendah berbanding vaksin COMIRNATY yang diberikan kepada individu berusia 12 tahun dan ke atas.
  2. COMIRNATY (Tris/Sucrose) 30mcg Solution for Injection
    • Merupakan vaksin COMIRNATY dengan formulasi baharu yang tidak memerlukan pencairan (dilution) sebelum administrasi dan mempunyai tempoh jangka hayat yang lebih panjang, iaitu 10 minggu berbanding formulasi sedia ada (1 bulan) apabila disimpan pada suhu 2°C hingga 8°C setelah dinyahbeku.
    • Indikasi COMIRNATY (Tris/Sucrose) 30 mcg Solution for Injection ini adalah untuk imunisasi COVID-19 kepada individu berumur 12 tahun dan ke atas.

Untuk makluman, pemegang pendaftaran bagi kedua-dua vaksin di atas adalah Pfizer (Malaysia) Sdn Bhd dan dikilangkan oleh BioNTech Manufacturing GmbH, Jerman.

PBKD juga memberikan kelulusan bersyarat bagi penggunaan vaksin Convidecia (CanSino) sebagai dos penggalak kepada individu yang berusia 18 tahun dan ke atas dengan sela masa 3 hingga 6 bulan selepas menerima dos pertama daripada vaksin yang sama,” katanya

PROGRAM VAKSINASI

Infografik oleh : BERNAMA

KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PROGRAM VAKSINASI

PROGRAM VAKSINASI

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Semoga dengan pemberian suntikan vaksinasi Covid-19 kepada kanak-kanak akan memberi perlindungan yang maksimum kepada mereka.

Namun sekiranya kanak-kanak tersebut mempunyai sejarah reaksi alahan teruk atau sejarah anafilaksis, dinasihatkan agar pemberian vaksin Covid-19 ditangguhkan terlebih dahulu.

 

 

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More