Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Puasa Asyura: Tarikh, Lafaz Niat, Galakan & Kelebihan Berpuasa

Berikut dikongsikan sedikit info mengenai Puasa Asyura banyak kelebihan dan faedahnya yang mungkin ramai lagi umat Islam yang tidak mengetahuinya.

Isi Kandungan

Apa Itu Hari Asyura?

Hari Asyura adalah hari ke-10 dalam bulan Muharram, iaitu bulan pertama dalam kalendar Hijrah dan ia merupakan hari yang penting dalam Islam dan dikaitkan dengan beberapa peristiwa penting dalam sejarah Islam.

Tarikh Hari Asyura

Menjadi amalan kebanyakan umat Islam untuk menghidupkan bulan Muharam dengan satu amalan iaitu berpuasa sunat pada 10 Muharam.

Bulan Muharam adalah salah satu bulan haram yang didalamnya dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyakan puasa sunat.

Puasa sunat ini juga dikenali sebagai puasa Hari Asyura.

Amalan puasa Asyura ini menjadi kelaziman kepada umat Islam.

Umat Islam digalakkan untuk memperoleh pahala puasa sunat Hari Asyura bukan sahaja pada 10 Muharram, bahkan disunatkan untuk berpuasa juga pada 9 Muharram (Hari Tasu’a).

Rasulullah SAW mengharuskan umatnya berpuasa pada 9 Muharram (Hari Tasu’a) mengiringi 10 Muharram (Hari Asyura) adalah bertujuan untuk membezakan antara amalan puasa umat Islam (Hari Tasu’a dan Hari Asyura) dengan ibadah puasa orang Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

Niat Puasa Tasu’a & Puasa Asyura

Lafaz niat puasa Tasu’a dan puasa Asyura adalah seperti berikut:

Puasa Asyura: Tarikh, Lafaz Niat, Galakan & Kelebihan Berpuasa 1

Galakan Berpuasa Pada Hari Asyura

Terdapat galakan khusus yang menceritakan berkenaan kelebihan berpuasa pada 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura. Ini adalah berdasarkan beberapa riwayat seperti berikut:

Antaranya adalah sebuah riwayat daripada Abu Qatadah RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

صِّيَامُ يوَْمِّ عَاشُورَاءَ إِّ نّى أَحْتَسِّبُ عَلَى اللَِّّه أَنْ يُكَفِّرَ السنَةَ التِِّي قَبْلَهُ

Maksudnya: Berpuasa pada Hari Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah SWT supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya.

Hadis Riwayat Ibn Majah

Begitu juga sebuah riwayat daripada Abdullah Ibn Abbas RA yang bermaksud:

Rasulullah SAW datang ke Madinah dan kemudian baginda melihat golongan Yahudi berpuasa pada Hari Asyura. Lalu baginda berkata: “Apakah ini ?”

Mereka pun menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Inilah harinya Allah SWT menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka maka Musa pun berpuasa pada hari tersebut.”

Lalu baginda bersabda: “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu.”

Maka baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa pada hari itu.

Hadis Riwayat Al-Bukhari

Kedua-dua hadis di atas jelas menunjukkan bahawa puasa Asyura adalah diperintahkan kepada umat Nabi Muhammad SAW dan hukumnya adalah sunat.

Walaupun kita digalakkan berpuasa pada 10 Muharram, kita juga dianjurkan untuk berpuasa sehari sebelum atau sehari selepasnya jika sekiranya kita mampu untuk melaksanakan puasa tersebut.

Ini supaya kita tidak sama dengan golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

Tetapi jika kita hanya mampu berpuasa sehari Sahaja, maka berpuasalah pada Hari Asyura iaitu pada 10 Muharram.

Hadis yang menunjukkan umat Islam juga digalakkan berpuasa bersamaan pada sebelum atau selepas 10 Muharram antaranya adalah daripada Ibn Abbas RA, beliau berkata bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:

صُومُوا يوَْمَ عَاشُورَاءَ، وَخَالِّفُوا فِّيهِّ الْيَهُودَ، صُومُوا قَبْلَهُ يوَْمًا، أَوْ بعَْدَهُ يوَْمًا

Maksudnya: Berpuasalah kalian pada Hari Asyura dan berbezalah dengan golongan Yahudi. Berpuasalah sehari sebelumnya ataupun sehari selepasnya.

Hadis Riwayat Ahmad

Demikian juga sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abbas RA, kata Nabi Muhammad SAW bersabda:

لَئِنْ بَقِيت الى قابل لاءٙصومٙنّٙ التاسع

Maksudnya: “Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari yang ke 9 Muharram.”

Hadis Riwayat Muslim

Kelebihan Puasa Asyura

Bagi seseorang yang berpuasa pada Hari Asyura tersebut, maka ia memiliki ganjaran yang amat besar iaitu Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosa setahun yang lalu berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Puasa pada Hari Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah SWT supaya dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya.”

Hadis Riwayat Ibn Majah

Puasa Asyura: Tarikh, Lafaz Niat, Galakan & Kelebihan Berpuasa 2

Puasa Asyura merupakan ibadah puasa yang hanya boleh dilaksanakan sekali sahaja dalam setahun.

Malah Allah SWT mengurniakan ganjaran yang besar kepada seseorang yang berpuasa pada hari terebut.

Justeru, marilah kita sama-sama mencari keberkatan dan keampunan dengan berpuasa sunat Hari Asyura sama ada dengan berpuasa pada 9 & 10 Muharram, 10 & 11 Muharram atau berpuasa pada 10 Muharram sahaja.

Selain puasa Asyura, banyak lagi kelebihan dan fadhilatnya yang boleh kita dapat pada Hari Asyura.

Semoga perkongsian mengenai Hari Asyura ini bermanfaat untuk semua umat Islam diluar sana.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. AcceptRead More