Resepi Serawa / Pengat / Pulut Durian Berlemak & Sedap Manis

Pulut durian ialah pencuci mulut tradisional Asia yang popular di Malaysia, Thailand dan Singapura dan ia biasanya dibuat dengan gabungan isi durian, pulut, santan, garam, gula dan daun pandan.
Pulut diperisakan dengan garam dan dikukus sehingga masak.
Durian pula dicampurkan dengan santan, garam, gula dan daun pandan, dan adunan itu direbus sehingga kuahnya menjadi pekat.
Setelah selesai, ia dihidangkan panas-panas bersama pulut.
Justeru, kali ini admin ingin kongsikan resepi membuat pulut durian.
Isi Kandungan
Resepi Pulut Durian
Resepi pulut durian yang admin ingin kongsikan ini sangat mudah untuk dibuat dan resepi ini adalah perkongsian daripada Che Nom.
Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Bahan-Bahan
Bahan-bahan untuk membuat pulut durian ini adalah seperti berikut:
| Bahan Untuk Pulut Kukus | – 500 Gram Pulut – 1 Cawan Santan Cair – 1/2 Sudu Kecil Garam |
| Bahan Untuk Kuah | – 10 Hingga 15 Ulas Isi Durian, Bersama Biji – 1 Mangkuk Santan Cair – 2 Helai Daun Pandan, Carik Dan Simpul – 1/2 Cawan Gula Pasir – Seketul Kecil Gula Melaka – Garam Secukup Rasa – 1 Mangkuk Santan Pekat – Sedikit Air, Jika Perlu |
Cara Penyediaan
Pertama sekali, kita sediakan pulut kukus terlebih dahulu. Cara-cara untuk membuat pulut kukus adalah seperti langkah-langkah berikut:
- Rendam pulut selama beberapa jam. Anggaran 2 hingga 3 jam.
- Panaskan kukusan dan kukus pulut selama 15 hingga 20 minit.
- Angkat pulut dari kukusan dan masukkan ke dalam mangkuk.
- Bancuh santan cair bersama garam.
- Tuangkan bancuhan santan cair dan garam itu kedalam pulut yang panas tadi dan tutup dengan kain.
- Rehatkan seketika supaya pulut menyerap dengan santan.
- Jika pulut masih keras selepas anda gaul bersama santan, masukkan kembali ke dalam kukusan selama 5 minit, kemudian angkat dan sejukkan.
Kemudian, kita buat pula kuah dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
- Masukkan isi durian bersama bijinya, santan cair dan daun pandan ke dalam periuk.
- Masak sehingga isi durian hancur dan menjadi kuah yang pekat sebati.
- Masukkan gula pasir, gula melaka dan garam.
- Teruskan didih di atas api yang perlahan dan kacau sebati kemudian masukkan pula santan pekat.
- Tambahkan sedikit air jika kuah terlalu pekat.
- Angkat dan hidangkan bersama pulut kukus.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan lagi resepi-resepi terkini, viral dan menarik DISINI.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan selamat mencuba!




