Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Hidup Tanpa Elektrik & Air, Perbanyakkan Qunut Nazilah Untuk Rakyat Palestin

Qunut Nazilah adalah sangat penting pada ketika ini kerana saudara-saudara Islam kita di Palestin sedang ditimpa musibah besar secara keseluruhan akibat diperangi oleh Israel.

Qunut Nazilah merupakan suatu perbuatan yang tsabit di sisi syarak dan ia perlu dilakukan setiap kali ada berlaku peristiwa tertentu atau lebih khususnya suatu musibah menimpa umat Islam atau sesuatu bala bencana supaya sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala perkara bahaya.

Isi Kandungan

Hidup Tanpa Elektrik Dan Air, Rakyat Malaysia Di Gaza Kongsi Situasi Genting Dihadapi Kini

Terkini Oktober 2023, seorang doktor dari Malaysia yang berada di Palestin berkongsikan keadaan semasa dan terkini di Palestin susulan pergolakan yang berlaku di sana.

Doktor yang dikenali sebagai Nurul Ain itu menerusi perkongsian video di TikTok oleh Sinar Harian berkata bahawa dia berada dalam keadaan baik-baik sahaja.

Menurut Dr Nurul Ain, dia bagaimanapun tidak cukup tidur kerana beberapa siri letupan telah terjadi sepanjang malam pergolakan berlaku.

Selain itu, bekalan elektrik dan air di Palestin juga telah tiada dan terpaksa menggunakan bateri kereta untuk menggunakan elektrik.

“Alhamdulillah saya baik. Untuk yang tak ada rumah, rumah yang dah musnah mereka berlindung di rumah lain, dekat sekolah. Serta ada yang lari rumah saudara-mara atau kawan-kawan. Teruskan menyokong kami, doakan kami. Insya-Allah semua akan okay. Terima kasih semua,” kata Dr Nurul Ain menerusi perkongsian video tersebut.

Menerusi video perkongsian itu lagi, kepulan asap hitam juga dilihat memenuhi beberapa ruangan langit bumi Palestin kesan daripada letupan yang berlaku.

Qunut Nazilah

Kerajaan Malaysia Sedang Berusaha Membawa Keluar Rakyat Malaysia Yang Berada Di Palestin

Dalam perkembangan terbaru, Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambri Abd Kadir berkata bahawa mereka sedang berusaha untuk membawa keluar Dr Nurul Ain.

Dr Nurul Ain Latif dari Kota Bharu, Kelantan itu telah berkahwin dengan seorang warga Palestin dan kini berada di sana bersama keluarga suaminya.

“Kita sedang berusaha untuk melakukan proses evakuasi buat Dr Nurul Ain. Hingga kini kita mendapat kerjasama daripada kedutaan Filipina. Ia bagi mengeluarkan keluarga ini bersama-sama lapan warga Indonesia yang berada di kawasan itu,” kata Zambry di Dewan Rakyat.

Pada 12 Oktober 2023, Wisma Putra mengesahkan bahawa seramai lima rakyat Malaysia iaitu seorang wanita dan seorang ibu bersama tiga anaknya berada di Tebing Barat.

Sehubungan dengan itu, Kedutaan Besar Malaysia di Amman, Jordan sentiasa berhubungan dengan mereka bagi mengetahui keadaan semasa mereka.

Kredit Sumber: BERNAMA

Perbanyakkan Doa Qunut Nazilah Buat Palestin

Selain usaha Malaysia untuk membantu mengeluarkan rakyat Malaysia yang teperangkap di Gaza, rakyat Malaysia juga diseru untuk memperbanyakkan doa Qunut Nazilah buat Palestin.

Bermula hari ini mari kita sama-sama bacakan doa Qunut Nazilah di setiap rakaat terakhir solat kita buat saudara-saudara kita yang sedang berjuang di Palestin.

Jika kita tidak dapat membantu dari segi kudrat, maka kita perlu membantu mereka dari segi doa dan derma untuk baik pulih ekonomi saudara kita disana.

Qunut Nazilah

Tatacara Membaca Doa Qunut Nazilah Dalam Solat Fardu

  • Qunut Nazilah boleh dibaca pada setiap solat fardhu iaitu Zohor, Asar, Maghrib,Isyak dan Subuh dan ia dibaca pada rakaat terakhir selepas bangun dari Ruku’ untuk ‘Itidal. Doa dibaca ketika berdiri untuk I’tidal.
  • Doa Qunut Nazilah adalah bagi mendoakan kesejahteraan dan keselamatan semua rakyat Palestin di Masjid Al-Aqsa.

Qunut Nazilah

Kredit Sumber: Facebook Nurul Anis Abu Bakar

Harapan Penulis

Diharapkan dengan perkongsian info terkini di Palestin dan doa Qunut Nazilah ini dapat memberikan kebaikan kepada semua umat Islam di luar sana dan semoga perkongsian ini bermanfaat.

Marilah sama-sama kita mendoakan saudara kita di Palestin yang sedang berjuang, bangkit mempertahankan Tanah Air mereka Bumi Al-Aqsa.

Semoga kemenangan menjadi milik pejuang Palestin dan Tanah Milik Umat Islam dikembalikan dan semoga segala penderitaan mereka berakhir serta saudara-saudara kita di bumi Palestin dapat mengecapi keamanan dan kebahagiaan.

Seterusnya selain perkongsian tentang info terkini di Palestin dan doa Qunut Nazilah ini, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More