Inisiatif Bantuan Rebat Bil Elektrik RM40 Tahun 2025

Berikutan kadar tarif elektrik baharu yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 ini, Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Program Rebat Bil Elektrik RM40 untuk yang layak pada tahun ini.
Isi Kandungan
Program Rebat Bil Elektrik RM40
Program Rebat Bil Elektrik RM40 adalah program khusus kepada kumpulan sasar miskin tegar berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022 selaras dengan hasrat Kerajaan untuk mengurangkan beban kewangan rakyat.
Program bantuan Kerajaan secara bersasar untuk membiayai bil elektrik bulanan sehingga maksimum RM40 kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang tersenarai dan disahkan di bawah kategori miskin tegar dalam Sistem eKasih Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).
Mulai 31 Januari 2024, sistem eKasih telah menggunakan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2022 yang telah diumumkan oleh Kerajaan dalam penentuan status kemiskinan terkini. Dalam hal ini, pendapatan purata nasional miskin tegar adalah sebanyak RM1,198.
Pengguna yang layak akan menerima bil elektrik percuma sehingga maksimum RM40 setiap bulan untuk menampung sebahagian atau keseluruhan bil elektrik isi rumah.
Kerajaan memperkenalkan Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini adalah untuk membantu meringankan beban kewangan golongan berpendapatan rendah yang berstatus miskin tegar melalui pemberian rebat bil elektrik bulanan.

Kriteria Kelayakan
Syarat-syarat kelayakan untuk mendapatkan Rebat Bil Elektrik RM40 ini adalah seperti berikut:
- Pengguna-pengguna elektrik yang layak menerima rebat ialah KIR miskin tegar yang disenaraikan dan disahkan dalam Sistem eKasih.
- Penerima yang layak akan menerima rebat RM40 sehingga 31 Disember pada tahun semasa.
- Rebat bil elektrik akan diberikan sehingga maksimum RM40 sebulan sahaja. Sekiranya bil kurang daripada RM40, tiada baki akan dibawa ke bulan berikutnya dan jika bil melebihi RM40, penerima perlu membayar baki tersebut.
- Hanya satu akaun bil elektrik sahaja layak untuk menerima rebat bagi setiap KIR miskin tegar yang berdaftar dan disahkan dalam sistem eKasih.
- Rebat RM40 hanya terpakai kepada Tarif A (Domestik) sahaja.
- Rebat RM40 termasuk semua jenis caj (contohnya penalti lewat bayar).
- Rebat RM40 tidak termasuk tunggakan bil sebelum tarikh KIR mengemas kini maklumat akaun elektrik.
- Rebat RM40 hanya terpakai bagi tunggakan pada satu tahun sebelumnya sahaja (bagi tahun 2025, hanya tunggakan bermula 31 Januari 2024 hingga 31 Disember 2024 sahaja).
- Rebat RM40 tidak terpakai bagi tunggakan semasa tempoh KIR layak terkeluar dari senarai layak menerima rebat dan juga tunggakan dari tahun sebelumnya (sekiranya KIR masuk semula di dalam senarai layak menerima rebat).
- Pengguna boleh memilih untuk menukar nombor akaun elektrik yang akan menerima rebat dari semasa ke semasa dengan merujuk terus kepada cawangan utiliti berdekatan untuk mengemas kini nombor akaun.
- Bil elektrik sehingga RM40 sebulan akan ditolak terus daripada akaun pengguna.
Semakan Kelayakan
Semakan kelayakan Rebat Bil Elektrik RM40 bagi tahun 2025 boleh dibuat boleh dibuat pada pautan berikut:
>>>Semakan Kelayakan Rebat Bil Elektrik RM40 Tahun 2025<<<
Pengguna tidak layak menerima Rebat Bil Elektrik RM40 sekiranya tidak tersenarai di bawah kategori miskin tegar yang didaftar dan disahkan dalam Sistem eKasih, walaupun nama pengguna tersenarai dalam Sistem eKasih.
Pengguna yang layak akan menerima rebat RM40 bermula dari tarikh kelayakan / tarikh kemas kini maklumat akaun sehingga 31 Disember pada tahun semasa tarikh bil elektrik pengguna masing-masing.
Pengguna yang layak akan menerima rebat bil elektrik sehingga maksimum RM40 sebulan.
Sekiranya bil elektrik melebihi RM40 sebulan, pengguna hanya perlu membayar baki bil elektrik sahaja.
Sekiranya bil elektrik kurang RM40 sebulan, pengguna akan menerima rebat berdasarkan amaun sebenar bil elektrik.
Maklumat Lanjut
Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan berkaitan Rebat Bil Elektrik RM40 ini, pengguna boleh menghubungi talian-talian hotline seperti berikut:
- MyGCC di talian 03-8000 8000;
- Tenaga Nasional Berhad (TNB) di talian 1-300-88-5454;
- Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) di talian 088-515000 / 15454; atau
- Sarawak Energy Berhad (SEB) di talian 1-300-88-3111.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan info-info terkini di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan segala info yang tepat dan sahih untuk anda.
Diharapkan info ini bermanfaat untuk anda semua di luar sana!



