Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Official Rentas Negeri Bawa Ibubapa Temujanji Vaksin Covid19 Dibenarkan

Individu yang mempunyai tanggungan untuk dibawa ke temu janji pemberian vaksin pada fasa kedua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) akan diberikan kebenaran merentas negeri.

negeri

Menteri Penyelarasnya, Khairy Jamaluddin berkata, perkara itu telah dipersetujui dan diputuskan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN), semalam.

“Boleh tunjuk bukti temu janji ibu bapa mereka kepada pihak berkuasa dan kita beri kelonggaran.

“Waris ataupun ahli keluarga yang ingin balik ke kampung mereka untuk membawa tanggungan mereka, ibu bapa ataupun ahli keluarga yang sakit ataupun datuk nenek mereka ke janji temu untuk menerima vaksin adalah dibenarkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin, Kerajaan Negeri Sembilan di Dewan Majlis Bandaraya Seremban di sini hari ini.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam pada itu berkata, golongan warga emas dan mereka yang berada di dalam kategori fasa kedua akan tetap diberikan keutamaan meskipun fasa ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telah dijalankan kelak.

“Sebagai contoh, (warga emas) dia lewat buat pendaftaran dan kita sudah mula beri suntikan dalam fasa tiga, dia akan diutamakan.

“Sistem akan nampak ada warga emas yang daftar walaupun dah lewat, kita akan utamakan, tidak ada masalah. Mereka boleh daftar bila-bila waktu dan masa cuma bila fasa kedua ini, kita utamakan mereka, kita nak selesaikan golongan warga emas, komorbid dan orang kurang upaya (OKU) di fasa kedua,” katanya lagi.

Mengenai kadar pendaftaran PICK yang masih rendah terutama di luar bandar termasuk dalam kalangan masyarakat Orang Asli, Khairy berkata, kempen pendaftaran secara bersemuka akan terus dilaksanakan dengan penglibatan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bagi meningkatkan kadar tersebut.

“Nadma baru selesai seminggu dan usaha akan ditingkatkan. (Di Negeri Sembilan) Datuk Seri Menteri Besar (Aminuddin Harun) pun mempunyai perancangan yang sama, menggunakan semua agensi kerajaan dan juga ketua-ketua masyarakat untuk mengadakan sesi perjumpaan untuk adakan sesi lawatan rumah ke rumah bagi menggalakkan pendaftaran.

“Ini akan menjadi proses berterusan tidak semestinya kita buat minggu ini sahaja, kita akan sentiasa melaksanakan kempen pendaftaran. Aa akan berlangsung sehingga selesai, saya percaya dan yakin ada yang mungkin lewat daftar nanti, mereka masih rasa tidak yakin ataupun masih menunggu dan lihat,” katanya.

Apa Kata Ahli Parlimen Rembau Negeri Sembilan?

Sementara itu, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, setakat 13 April lalu, seramai 170,970 individu telah mendaftar bagi fasa dua Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan di Negeri Sembilan.

Menurutnya, daripada jumlah berkenaan, 68,032 orang melibatkan golongan warga emas, komorbid (96,513) dan OKU (6,425).

Dalam pada itu, katanya, sebanyak dua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Fasiliti Bukan Kesihatan akan dibuka pada 19 April depan bagi fasa dua suntikan vaksin di negeri ini iaitu Dewan Majlis Bandaraya Seremban dan Dewan Pejabat Daerah Jempol.

Menurutnya, sebanyak 15 buah PPV lagi akan dibuka secara berperingkat di setiap daerah selain 34 buah PPV Kesihatan yang sedia ada.

Turut disediakan, empat buah PPV Khas yang memfokuskan penerima vaksin yang terdiri daripada kumpulan berisiko tinggi iaitu di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban, Hospital Port Dickson, Hospital Tentera Darat Kem Syed Sirajuddin, Gemas dan Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Sumber Utusan Malaysia

Artikel lain: Permohonan Bantuan Skim Pembiayaan Khas Bazaar Ramadhan

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More