Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Rentas Negeri | Pandangan Pakar Akan Diambil Kira

Rentas Negeri dipertimbangkan. Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengambil kira pandangan pakar kesihatan awam sebelum memuktamadkan masa sesuai untuk membenarkan perjalanan merentas negeri.

Ia termasuk cadangan supaya merentas ini hanya dibenarkan selepas minggu kedua Aidilfitri dan majoriti kumpulan rentan, khususnya warga emas telah diberikan vaksin COVID-19.

rentas negeri

KEBENARAN RENTAS NEGERI BELUM DIPUTUSKAN

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata pihaknya ketika ini hanya membentangkan enam petunjuk kepada kerajaan dalam menentukan kaedah terbaik membenarkan perjalanan ini.

Namun, beliau berkata, belum ada sebarang keputusan muktamad dibuat mengenai masa sesuai untuk membenarkan perjalanan ini.

“Kita memaklumkan petunjuk kepada kerajaan supaya ia dapat dipenuhi terlebih dahulu sebelum perjalanan merentas ini dibenarkan kerana bimbang akan mencetuskan jangkitan baharu.

“Kita juga sedang meneliti pandangan mereka (pakar kesihatan awam).

“Insya-Allah, perkara ini akan dibawa kepada kerajaan bagi menentukan masa sesuai untuk membenarkan merentas,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau mengulas cadangan pakar kesihatan awam supaya perjalanan merentas sempena Aidilfitri tahun ini, ditangguhkan.

Sumber : BERITA HARIAN

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More