Resepi Apam Beras Lembut & Gebu, Pasti Menjadi Kesukaan Ramai!

Kali ini admin ingin kongsikan resepi apam beras.
Apa itu apam beras?
Apam beras, juga dikenali sebagai apom nasi atau kek nasi kukus, ialah kuih popular Malaysia (snek manis atau pencuci mulut) yang diperbuat daripada tepung beras, air, gula dan yis.
Apam beras terkenal dengan teksturnya yang lembut, gebu dan rupa seperti sarang lebah apabila dimasak.
Apam beras biasanya dikukus dan kadangkala diwarnakan, dan selalunya dihidangkan bersama kelapa parut yang telah dikukus.
Isi Kandungan
Resepi Apam Beras
Resepi apam beras yang admin ingin kongsikan ini sangat mudah untuk dibuat dan resepi ini adalah perkongsian daripada Che Nom.
Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Bahan-Bahan
Bahan-bahan untuk resepi apam beras ini adalah seperti berikut:
- 1 cawan atau 160g Nasi
- 1 ½ cawan atau 275ml Air
- 1 cawan atau 200g Gula
- 2 cawan atau 270g Tepung Beras
- 2 sudu besar atau 16g Tepung Gandum
- 1 sudu kecil atau 3g Yis Kering
- 1 paket ENO Asli – Pilihan
- Pewarna Makanan
- 1 helai Daun Pandan
- Garam
- ½ hingga 1 biji Kelapa Parut
Cara Penyediaan
Cara-cara untuk membuat apam beras ini adalah seperti langkah-langkah berikut:
- Masukkan nasi, air dan gula ke dalam blender dan kisar halus.
- Masukkan tepung beras, tepung gandum dan yis kering ke dalam pengisar. Kemudian, kisar lagi sehingga sebati.
- Perap adunan apam selama 3 hingga 5 jam atau semalaman.
- Sapu acuan dengan minyak masak.
- Masukkan ENO ke dalam adunan apam yang telah diperap dan kacau sebati.
- Bahagikan adunan apam kepada beberapa bekas (bilangan bekas bergantung kepada berapa warna yang anda ingin letak).
- Masukkan pewarna makanan dan kacau sekata.
- Balut penutup pengukus dengan kain (tidak perlu balut bagi yang menggunakan pengukus elektrik, bagi yang menggunakan pengukus klasik diwajibkan balut).
- Tuang air ke dalam kukusan dan panaskan kukusan anggaran selama 5 minit.
- Masukkan adunan apam ke dalam acuan.
- Kukus apam selama 20 hingga 25 minit.
- Gaul hirisan daun pandan dan garam bersama kelapa parut, kemudian kukus selama 5 hingga 10 minit atau sehingga naik bau daun pandan.
- Hidang apam bersama-sama dengan kelapa parut.
Seterusnya, anda juga boleh dapatkan lagi resepi-resepi terkini, viral dan menarik DISINI.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana! Selamat mencuba!



