Resepi Biskut Brownies Kedut Mudah

Pasti masih ramai yang tak tahu apa itu ‘Brownies’? Sebelum ini nama brownies kurang dikenali berbanding dengan pelbagai jenis kek dan biskut. Seperti saya sendiri, bila mendengar disebut “Brownies”, saya tertanya-tanya sendiri dan kemudian terus menggoogle Apa itu ‘Brownies’?
Adakah Brownies ini sejenis nama kek atau nama biskut? Ha, itu pertanyaan dalam kepala saya sendiri. Bagaimana dengan anda?
Isi Kandungan
Apa itu Brownies?
BROWNIES adalah bar cookie dalam kategori biskut namun ia terkenal sebagai sejenis pencuci mulut di Amerika Syarikat.
Brownies mempunyai permukaan yang rapuh dan merekah selepas dibakar akibat pengkaramelan gula. Kelainan brownies adalah pada teksturnya dan ia tidak sama seperti kita makan kek. Digelar dengan nama bar cookie kerana ia dibakar dalam acuan berbentuk empat segi.
Teksturnya padat di mana ia mempunyai kedua-kedua tekstur di antara biskut dan kek yang tidak terlalu rapuh dan tidak terlalu lembut. Tekstur fudgy (tekstur gula-gula lembut) dan cakey (tekstur seperti kek) pada brownies ini menjadikan ianya berada dalam kelasnya yang tersendiri.
Pendek kata, bila korang sudah merasa sendiri brownies ini sudah tentu korang akan terasa ingin makan lebih lagi dan lagi. Maknanya, kalau bukan membuat sendiri korang kenalah memesan lagi dengan si pembuat brownies.
Tapi jangan risau, anda sudah boleh membuat sendiri brownies ini kerana resepi memang banyak bila anda google. Pilihan ditangan anda sendiri mahu pilih resepi yang mana satu.
Di sini terdapat satu Resepi Biskut Brownies Kedut Mudah dari Facebook MAHN(Masak Apa Hari Ni?) yang dikongsikan oleh Naz MShariff
Resepi Biskut Brownies Kedut Mudah
Bahan-bahan dan cara membuat Biskut Brownies Kedut
Siap!! Tunggu sejuk kemudian masukkan ke dalam bekas kedap udara. Nyummm!!
Jangan lupa juga mencuba Resepi Mee Champa