Sumber Rujukan Globalisasi Anda

RESEPI BOMBOLONI RED VELVET YANG MARVELOUS

Bomboloni kini kian tular di media-media sosial. Ramai yang meminati donut yang telah diperbaharui dengan pelbagai perisa dan mempunyai inti di dalam. Tidak lupa juga, ramai yang berniaga bomboloni ini untuk menambah pendapatan kerana sebiji bomboloni ini dijual rm 2 sebiji. Anda juga boleh membuat bomboloni ini di rumah. Mari lihat perkongsian resepi daripada seorang pengguna facebook ini :

🖤 BOMBOLONI HOT PINK VELVET 🖤

Asalnya nk buat donut red velvet tapinya ltk emulco red velvet tersikit plak, jadi warna hot pink ni la hasilnya 😅.. Kejadian donut pon gebu lembut..

Lega aih sebabnya hakak kalau bab2 mendonut or meroti ni fail.. Selalu kena uli lama2 sampai elastik kan, ni resepi yg hakak guna jenis tak payah uli, mmg mudah la weiii 😁

🖤 RESEPI BOMBOLONI HOT PINK VELVET 🖤

Bomboloni

BAHAN A
🔹1 paket yis 11g
🔹2 sdb susu pekat
🔹1 cwn air suam
🔹1 sdk red velvet emulco
• Campur semua bahan biar sampai yis naik

BAHAN B
🔹4 cwn tepung gandum
🔹2 sdk baking powder
🔹1 sdk bread improver (optional)
🔹2 sdb margerin
🔹1 sdk garam
• Campur semua bahan ramas hingga jadi serbuk roti

BAHAN C
🔹250g cream cheese
🔹Susu pekat
🔹Aising sugar
🔹Whipping cream (mix kental)
• Cream cheese mix sebati ngn gula & susu pekat (sukatan gula & susu agak2 je). Then campurkan dgn whipping cream. Simpan dlm peti dulu..

CARA-CARA
▪️Bahan A masuk ke dlm Bahan B, kacau sebati.. Tak perlu uli lama2 ye, agak dh sebati semua bahan terus perap.. Adunan mmg agak lembik, asalkan tak melekat kt tangan oke dh..
▪️Perap dlm 1/2 jam or sejam.. Tumbuk angin pastu bulat2kan.. Tgu naik 2 kali ganda dh boleh goreng..
▪️Dh sejuk boleh filling inti. Siap.!

RESEPI BOMBOLONI RED VELVET YANG MARVELOUS 1
RESEPI BOMBOLONI RED VELVET YANG MARVELOUS 2

Kredit : Ainur Aziana

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More