Sumber Rujukan Globalisasi Anda

RESEPI CHEESY VEGGIE BALLS UNTUK SI KECIL

CHEESY VEGGIE BALLS! Mengajar si kecil tersayang menikmati hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam setiap hidangan antara cabaran terbesar buat kebanyakan ibu bapa. Mungkin ada antara kanak-kanak yang menggemarinya, namun percayalah ramai cuba mengelak atau langsung tidak mahu mengambilnya terutama sayur-sayuran.

Ia menjadi cabaran terbesar buat si ibu yang sering kali berusaha memastikan anak tersayang mendapat semua khasiat diperlukan daripada sayur-sayuran dan buah-buahan.Ibu ini berkongsi resepi homemade cheesy veggie yang buatkan anak-anak makan sayuran. Jadi tiadalah “drama” paksa anak-anak makan. Jom kita lihat perkongsian ini.

Hari ni nak nak share dengan korang resepi veggie cheese balls untuk anak-anak. Sangat sesuai untuk anak-anak yang picky eater tengok sayur pun macam tengok hantu dan sesuai untuk tambah iron! Macam biasa ofcourse boleh frozen punya resepi ni!

 

Isi Kandungan

BAHAN-BAHAN HOMEMADE CHEESY VEGGIE BALLS‘KIDS FRIENDLY’

CHEESY VEGGIE BALLS
CHEESY VEGGIE BALLS

1. Broccoli

2. Serbuk roti/ atau boleh goreng roti tanpa minyak atas pan sampai garing lepastu hancur2 kan.

3. Telur

4. Tepung serbaguna. Kalau takde boleh campurkan tepung gandum, tepung jagung, perasa kan dengan garam sikit siap.

5. Bayam

6. Cheedar cheese

CARA-CARA

RESEPI CHEESY VEGGIE BALLS UNTUK SI KECIL 1

1. Steam kan broccoli sampai lembut.

RESEPI CHEESY VEGGIE BALLS UNTUK SI KECIL 2

2. Tos kan broccoli yg dah di steam. Cincang broccoli dan bayam halus-halus dan satu kan kesemua bahan dalam satu mangkuk.

3. Bentuk kan bulat dan goreng dalam api yang perlahan sehingga keperangan.

Dah siap!

RESEPI CHEESY VEGGIE BALLS UNTUK SI KECIL 3

Nota kaki : Untuk frozen kan, setelah buat bulat tu masuk kan dalam peti ais 1-2 jam sampai keras lepastu letak dalam ziplock. Bila nak masakan keluarkan dan goreng terus. Mudah sangat!

Selamat mencuba!

Kredit : Alia Aziz

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More