Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Kari Hijau Thai atau Lebih di Kenali Green Thai Curry

Kepada peminat masakan thai, sudah tentu anda pernah mencuba makan Kari Hijau Thai ataupun lebih dikenali sebagai Green Thai Curry. Jadi mari kita lihat apa Resepi Kari Hijau Thai ini.

Oh ya, sebelum ini bagi anda yang masih lagi belum mencubanya, walaupun ia dikenali dengan nama kari, ia bukanlah seperti kari yang biasa anda makan.

Untuk mengetahui bagaimana cara masakannya, mari lihat perkongsian dari Faisal Ramli di facebook FB Food Makan.

Isi Kandungan

RESEPI GREEN THAI CURRY (Home Made Curry Paste)

Assalammualaikum dan selamat malam. Sebab abang cuti harini, abang bagi cik kak gantung kuali. Jangan risau, sinki tidak bersepah akibat campur tangan abang di dapur. Nak padu rasa kari ini, kena tumbuk buat pes kari hijau sendiri. Pakai blender tidak ngam rasa dia, abang dah try.  Di sini abang bagi resepi. Hangpa ikut sahaja.

PES KARI HIJAU

Bahan-bahan :-

  • Cili Padi Hijau 20 biji
  • Bawang Merah 2 ulas
  • Lengkuas 1 inci
  • Serai 3 batang
  • Daun Limau Purut 15 helai
  • Kulit Limau Purut 1 biji
  • Belacan 1 inci (dibakar terlebih dahulu)
  • Akar Pokok Ketumbar 3 batang
  • Jintan Manis 1 sudu (sangai)
  • Biji Ketumbar 1 sudu (sangai)

Cara-caranya

Hiris semua bahan sehingga halus. Selepas itu, ditumbuk sampai hancur mengunakan lesung batu. Mula tumbuk dari bahan keras ke lembut.  Siap! 

 

Resepi Ayam Kari Hijau Thai

 

Bahan-bahan :-

  • 1/2 kg Ayam (potong ikut kesesuaian)
  • 1 kiub Pati Ayam
  • 1/2 liter Santan
  • 1/2 liter Air
  • 1 biji Terung (potong ikut kesesuaian)
  • 5 helai Daun Limau Purut
  • 5 helai Daun Selasih
  • 2 biji Cili Merah (Hiris)
  • 1 sudu Gula
  • Garam bagi cukup rasa

 

Cara-caranya :-

1. Masukkan air ke dalam periuk. Setelah air masak dan mengelegak, masukkan ayam. Kalau nak kuah nampak menarik, buang buih air ayam yang timbul di atas permukaan air.

2. Masukkan dalam 4 sudu pes Kari Hijau yang anda sediakan sebentar tadi dan juga daun limau purut.  Biar sehingga pes masak.

3. Masukkan santan dan terung selepas itu perlahankan api. Biar ia mereneh. Apabila terung sudah lembut, masukkan pula daun selasih dan cili merah. Biarkan sehingga pecah minyak.

4. Perasakan mengikut selera anda.

 

TIPS :

Pes boleh buat lebih dan di simpan dalam peti sejuk untuk mudah digunakan apabila diperlukan nanti.

Okay, sampai setakat ini sahaja. Mana yang terlebih terkurang, abang minta maaf. Nak share silakan. Nak makan yang abang masak, PM cik kak minta kebenaran. Tak pasai abang mendapat penyakit nanti. Kredit Resepi : Faisal Ramli‎

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More