Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Jeruk Timun Mudah dan Rangup

Jeruk timun ataupun lebih dikenali sebagai pickles mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Namun, harganya agak mahal di pasaran lebih-lebih lagi keluaran dari luar negara.

Perkongsian dari travelog.my ini mungkin boleh menjadi alternatif untuk anda membuat sendiri di rumah.  Lebih jimat dan terjamin halal.

Isi Kandungan

Resepi Jeruk Timun Mudah dan Rangup

Cucumber pickles atau jeruk timun ni di Malaysia harganya agak mahal. Saya ingat, di Tesco Kota Bharu harganya sekitar RM7-12 per botol bergantung kepada jenama, yang mana saiznya tak adalah besar mana pun. Nak beli pun fikir tiga empat kali. Saya ingat masa balik kampung hubby di Amerika Syarikat, satu botol 2 liter jeruk timun boleh dapat dengan harga USD5 sahaja. Botol pulak besar gedabak, lebih kurang saiz botol gula-gula. Jadi di USA, memang cucumber pickles ni murah yang amat. Nak makan hari-hari pun boleh. Paling saya suka, yang ada bawang putih. Halal tak? Halal lah kalau ada logo kosher tu. Kalau tak ada logo kosher pun, kita baca isi kandungan dan kalau tak meragukan, beli saja.

 

Btw, kebetulan saya ke pasar di Adapazari beberapa hari lepas dan ada makcik jual timun saiz kecil-kecil, sempatlah saya beli sekilo timun kecil ni untuk buat jeruk. Bila dah sedia dimakan nanti, bolehlah disimpan dalam peti ais atau diluar peti ais, jika sempat, boleh guna masa winter nanti.

Memandangkan sekarang ni boleh dapat sayur-sayuran dengan mudah sebab masih musim panas, maka inilah masa terbaik untuk buat jeruk. Dah masuk winter nanti, dah tak banyak pilihan dah.

Bahan-bahan diperlukan

  • 1 botol cuka makan
  • Cuka anggur/cuka kurma
  • Garam
  • Timun
  • Bawang putih
  • 1 kg timun, tak perlu potong-potong pun.
Jeruk Timun

Cara buat jeruk timun

  1. Rendam timun dalam air garam semalaman. Ini supaya timun tidak bergetah, kekal rangup dan tidak mushy.
  2. Lepas semalaman dalam air garam, keluarkan dan siram dengan air biasa.
  3. Masukkan timun dalam botol kaca sampai penuh.
  4. Penuhkan botol tersebut dengan 3/4 cuka makan, 1/4 cuka anggur atau cuka kurma, beberapa cubit garam. Pastikan timun-timun tu tenggelam dalam cuka.
  5. Masukkan juga bawang putih yang telah dikupas.
  6. Jika mahu, boleh tambah daun selasih dan cili untuk bagi lebih kick.
  7. Lepas tiga atau empat hari, boleh cuba. Jika dah elok jeruknya, keluarkan separuh cuka tu dan gantikan dengan air mineral/masak. Ni supaya boleh simpan lama sikit. Sejukkan dan letak dalam peti ais jika mahu.

Saya selalunya gunakan jeruk timun ni dalam burger. Atau boleh juga potong kecil-kecil dan campur dalam salad sebagai snek.

Sangat mudah dan menjimatkan.

Apa tunggu lagi? SELAMAT MENCUBA!

sumber : travelog.my

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More