Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Kerepek Ketam Krup Krap Viral

Resepi Kerepek Ketam yang crispy ini memang sesuai sangat di jadikan kudap-kudapan apabila menonton atau bersembang dengan keluarga. Sekali hadap sahaja pasti akan ‘licin’!

“Teringin nak makan snek tapi malas nak keluar cari dekat kedai? Buka peti sejuk ada crab stick? Anda bolehlah cuba Resepi Kerepek Ketam ini! Sedap sangat sebab krup krap!”

Jom cuba Resepi Kerepek Ketam krup krap ini kerana memang puas hati apabila buat sendiri. Malah pasti tak cukup, lebih-lebih lagi kalau dimakan beramai-ramai. Budak-budak juga sesuai makan kudap-kudapan ini.

Isi Kandungan

Resepi Kerepek Ketam

Menariknya, Resepi Kerepek Ketam yang dikongsikan oleh Daily Masak di Facebook ini tersangatlah ringkas. Kami yakin anda semua boleh mencubanya sendiri di rumah.

Boleh juga divariasikan mengikut cara tersendiri. Bagi yang suka extra pedas, mungkin boleh tambah serbuk cili. Kalau ada yang suka perasa cheese, boleh tambahkan cheese powder dan sebagainya. Kalau nak buat versi sihat, boleh goreng begitu saja pun dah cukup sedap.

Resepi Kerepek Ketam

Bahan-Bahan

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Kerepek Ketam ini adalah:

  • 1 kg crab stick
  • 5 tangkai daun kari
  • 1 1/2 tepung jagung
  • 1 tsbp serbuk kari
  • serbuk perasa secukupnya

Cara Penyediaan

Cara-cara untuk membuat Kerepek Ketam krup krap ini adalah seperti berikut:

  1. Nyah bekukan dahulu crab stick dan sejatkan dahulu supaya kering.
  2. Setiap batang crab stick dipotong 8 (halus-halus).
  3. Masukkan daun kari, tepung jagung, serbuk kari, dan bahan perasa. Kemudian, kacau rata.
  4. Masukkan crab stick yang telah di potong ke dalam bahan yang telah di kacau rata tadi dan gaul secara perlahan-lahan sehingga sebati supaya tidak putus.
  5. Panaskan minyak, dan goreng sehingga kekuningan dan toskan.
  6. Sejukkan dan simpan di dalam bekas yang kedap udara.

Tips Tambahan: Boleh juga di tambah 1 sudu makan knoor pasti sedap dan perap sekejap dalam 1 jam bagi semua rasa sebati, kemudian baru goreng. Kalau ikut tips ini kerepek ketam anda akan menjadi lagi sedap!

Selamat mencuba!

Kredit Sumber: Daily Masak

Kesimpulan

Resepi Kerepek Ketam ini sangat sesuai di cuba sendiri di rumah kerana ianya sangat mudah untuk di sediakan sebagai kudap-kudapan anda bersama keluarga.

Diharapkan perkongsian tentang Resepi Kerepek Ketam ini dapat membantu anda yang sedang mencari resepi dan ingin mencuba hidangan baharu yang menarik untuk keluarga tercinta.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi resepi lain yang menarik dan sedap di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan resepi-resepi terbaik untuk rujukan utama anda.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More