Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Lemang Cawan Viral

Resepi Lemang Cawan Viral merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai.  Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha .

Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi.Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding. Di dalam tempoh PKPB ini, mungkin  menjadi satu kesukaran untuk kita mencari lemang di seperti bulan Ramadhan tahun terdahulu.  Untuk membuat sendiri dengan cara tradisional, mana pula nak mencari buluh lemang dan kayu untuk membakar?

Chef Suwarsi M.Arukin telah merevolusikan resipi turun temurun ini bagi memudahkan kita semua untuk membuat sendiri lemang dengan cara yang lebih mudah dan ringkas.  Mari kita lihat hasilnya yang telah dibuat oleh Puan Sri Diah Shaharuddin.

Isi Kandungan

Resepi Lengkap Cara Buat Lemang Kukusan Cawan

Sejenis pantang tengok orang buat, mesti nak cuba jugak. Maka inilah kejadiannya minum petang hari ini. Inovasi lemang cara moden.

Siapa kata payah? Tak. Mudah sangat. Siapa kata tak sedap? Sedap lemak berkrim.

Mari saya kongsi bahannya:

  • 1/2 kilo beras pulut
  • 1 kilo santan
  • 1 sudu makan garam
  • Daun pisang
  • Cawan kertas.

Caranya:
1. Rendam pulut semalaman. Toskan.

Resepi Lemang Cawan Viral 1

2. Masukkan santan dalam jug dan letak garam. Kacau.
3. Panaskan pengukus. Buat gelung daun pisang, letak dalam cawan kertas.

Resepi Lemang Cawan Viral 2

4. Letak.empat sudu makan beras pulut dalam cawan. Curah santan sampai 3/4 cawan.
5. Hentak sikit cawan kertas biar pulut padat. Kukus setengah jam. Siap.

Resepi Lemang Cawan Viral 3

6. Potong bila lemang dah betul-betul sejuk. Saya makan dengan rendang ayam 😂

Resepi Lemang Cawan Viral 4

Chef Sue M Arukin lulus kan inovasi lemang ini? Minggu lepas tengok Chef Sue buat demo di TV3.

* Cuma tak ada bahagian yang hangit keras. Tapi saya memang tak suka kerak keras tu.

Resepi Lemang Cawan Viral 5

Chef Sue juga aktif menulis buku masakan untuk Grup Buku Karangkraf, untuk resipi-resepi bermutu yang lain, dapatkan juga naskhah beliau iaitu Kek 5 Bahan, Buat Sendiri Pes dan 100 Resipi Lengkap di Alaf 21.

Ada Yang dah Cuba Resepi Lemang Cawan Viral ini?

Nampak mudahkan? Hanya kukus sahaja tidak perlu bakar dan menunggu lama lagi.

Dari carian, ada juga yang berkongsi resepi lemang masak menggunakan tin.  Bagi pendapat penulis, mungkin lebih selamat menggunakan cawan kertas. Tapi terpulang kepada anda, cara mana yang lebih sesuai untuk anda dipraktikkan. Selamat Mencuba Resepi Lemang Kukus Cawan ini!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More