Resepi Nasi Goreng Kimchi Mudah dan Sedap!

Salam Ramadan ke-15. Ya Allah, cepatnya masa berlalu, dah 15 hari kita berpuasa. Start dari malam ni kita disunatkan baca doa qunut dalam solat witir tau!
Disebabkan ketiadaan bazaar dan puasa tahun ni kita asik masak jekan, mesti korang takde idea dah sampai nak masak apa kan? Sekali- sekala tukarlah sikit selera, buatla makanan korea pulak. Ini confirm boleh masuk dengan tekak melayu, n kalau masak pun confirm menjadi asalkan kena ada dua bahan wajib, kimchi dan gochujang!
Ni first time tau aku masak nasi goreng kimchi ni. Takut jugak tak jadi tapi sedap lak hahaha! Serious! Ni pun tengok kawan aku post kat ig story. So resipi kredit kat dia ya.
Bahan-bahan

Jom masakk!
– Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah sampai naik bau
– Masukkan bahan seperti sosej/ayam/daging lalu ditumis
– Masukkan kimchi 5 sudu
– Masukkan nasi dan gaul dengan kimchi hingga sebati. Tuang kimchi juice sikit bagi rasa keenakan korea asli (tibehh)
– Masukkan sesudu gochujang dan gaul sehingga sebati lalu seasoned with salt~ and it’s done
Dah siap! 5 step je. Easy ke tak easy? Pastu kalau korang nak hias dia kasi nampak umph sikit, taburlah seaweed dan telur separuh masak. Baru nampak macam kat kedai!
Menu ni simple dan sedap, orang bujang sesuaila masak ni. Even mak aku yang jarang makan korean food pun memberikan pengiktirafan okey hahah! Nanti aku akan share lagi resipi lain2. Selamat mencuba!
Thanks for reading!
Mudah dan ringkas bukan. Apa tunggu lagi? SELAMAT MENCUBA!
kredit : Mazni Munawar