Sumber Rujukan Globalisasi Anda

RESEPI NASI MINYAK

Nasi minyak adalah beras basmathi yang dimasak menggunakan minyak sapi yang di tumis bersama-sama herba seperti kulit kayu manis,buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih. Kemudian di tambah susu cair untuk mendapatkan rasa nasi yang berlemak dan enak. Ditambah juga dengan daun pandan atau serai untuk mendapatkan aroma yang memikat selera. Boleh jua ditambah dengan kismis dan gajus. Nasi minyak selalu dihidang pada majlis perkahwinan atau majlis kenduri masyarakat melayu di Malaysia.

Semenjak pandemik covid-19 melanda, majlis perkahwinan tidak dibenarkan diadakan untuk memutuskan rantaian wabak covid-19 ini. Justeru pasti ramai yang mengidam hendak makan nasi minyak. Apa kata anda masak sendiri di rumah dan makan bersama keluarga. Di sini di sertakan resepi nasi minyak yang mudah untuk rujukan anda. Tanpa gunakan beras basmathi pun nasi minyak anda pasti akan memikat selera keluarga tercinta. Resepi ini dikongsikan oleh Puan Mizah Ngatiman. Tetapi resepi ini hanya menggunakan marjerin dan beras biasa. Jika anda hendak guna minyak sapi dan beras basmathi,anda hanya perlu gantikan bahannya sahaja.

Bahan-bahan

  • 6 cawan beras
  • Rempah 3 beradik (bunga lawang, kayu manis, cengkih)
  • 3 sudu besar marjerin
  • 1 cawan susu cair
  • 1 sudu besar Sunquick
  • Daun pandan

Cara-cara

1. Panaskan marjerin.

2. Tumis rempah 3 beradik dan daun pandan.

3. Masukkan dalam periuk yang beras dah siap cuci.

Resepi nasi minyak simple

3. Masukkan susu cair.

resepi nasi minyak

4. Masukkan Sunquick. Gaul rata.

Mungkin ada yang tanya kenapa guna Sunquick kan. Sebenarnya kalau tak ada pun tak apa, cuma nak bagi wangi dan menaikkan lagi rasa. Tak percaya, cubalah!

Resepi nasi minyak simple

5. Air secukupnya ikut sukatan beras. Masak seperti biasa.

Bila dah masak, inilah hasilnya.

Mudah bukan buat nasi minyak sendiri dirumah. Nasi minyak enak di makan bersama ayam masak merah dan jelatah serta kuah dalca. Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu para ibu memasak nasi minyak di rumah demi memenuhi selera keluarga anda.

Selamat mencuba!

KREDIT : Puan Mizah Ngatiman

Leave A Reply

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More