Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi pretzel ala Auntie Anne

Pretzel ialah sejenis roti yang dihasilkan daripada doh yang dibentuk menjadi simpulan berpintal sebelum dibakar. Biasanya diperisakan dengan garam tetapi terdapat juga jenis pretzel yang ditabur dengan gula, coklat, biji-bijian atau kekacang. Pretzel boleh dibahagikan kepada jenis lembut yang lazim dimakan terus selepas ia siap dibakar, serta pretzel jenis keras yang mempunyai jangka hayat panjang lalu boleh disimpan selama tempoh lama yang tertentu.

Di Malaysia, terdapat satu kedai yang popular yang menjual pretzel pelbagai perisa, ianya sangat lazat dan digemari ramai. Hendak beli juga kadang kala perlu beratur panjang. Apa kata kita cuba buat sendiri di rumah dangan menggunakan resepi ini.

Isi Kandungan

RESEPI PRETZEL ALA AUNTIE ANNE

Resepi pretzel ala Auntie Anne 1

Servings Prep Time: 12 biji 80 minit

Cook Time: 10 minit

BAHAN-BAHAN

-2 cawan susu segar

-1 1/2 sudu besar yis

-6 sudu besar gula perang

-4 sudu besar mentega (lembut pada suhu bilik)

-4 1/2 cawan tepung gandum

-2 sudu kecil garam halus

-1/3 cawan baking soda

-3 cawan air suam

-1/4 cawan garam kasar

-8 sudu besar mentega (dicairkan)

CARA PENYEDIAAN

Resepi pretzel ala Auntie Anne 2

Suamkan susu dengan microwave atau dapur gas lebih kurang 1 minit. (Jangan terlalu panas, biar boleh sentuh dengan jari)

Masukkan yis dan kacau, biarkan lebih kurang 3 minit.

Masukkan mentega dan gula. Masukkan tepung secawan demi secawan, dan tambahkan garam halus.

Uli dengan mixer dan dough hook, atau dengan tangan lebih kurang 10 minit.

Masukkan doh ke dalam mangkuk yang bergris dengan minyak. Tutup dan biarkan mengembang selama 1 jam.

Apabila doh mengembang kepada dua kali ganda, tumbuk-tumbuk sedikit supaya udara yang terperangkap keluar.

Resepi pretzel ala Auntie Anne 3

Preheat oven ke 230ºC. Bahagi doh kepada 12 bahagian. Uli supaya doh memanjang. Satukan baking soda dan air suam ke dalam bekas.

Pintalkan doh kepada bentuk pretzel dan celup ke dalam bekas air baking soda. Letakkan ke dalam dulang beralas parchment paper. Renjis dengan garam kasar.

Bakar lebih kurang 7 ke 10 minit atau sehingga keperangan.

Celup ke dalam mentega cair semasa masih panas.

Resepi pretzel ala Auntie Anne 4

Sedap dihidangkan dengan dipping sos: Sos Karamel, sos Coklat, serbuk kayu manis bergula, sos butterscotch, garlic cream cheese dan sebagainya.

Selamat mencuba!

Sumber: Echot Aisyah Meor Zahid

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More