Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jom Cuba Resepi Puding Roti Kastard Special

Resepi Puding Roti Kastard sangat sesuai dihidangkan untuk dijadikan sebagai pencuci mulut sejuk-sejuk pada cuaca panas sekarang. Bukan itu sahaja, bagi admin resepi ini juga sangat sesuai untuk dihidangkan bersama-sama untuk juadah berbuka puasa kerana ianya sangat mudah untuk dimasak di rumah dan tidak mengeluarkan kos yang banyak untuk menghidangkannya.

Kali ni admin nak kongsikan satu resepi menarik daripada seorang tukang masak terkenal Malaysia yang mendapat ratusan ‘share’ dari orang ramai. Tengok resepi puding roti kastard special ini pun dah kecur air liur tau.

Isi Kandungan

Resepi Puding Roti Kastard

Hari ini admin nak kongsikan satu resepi best daripada seorang ‘Mak online‘ yang suka mengajar masak di YouTube. Anda tahu tak resepi daripada siapa? Rakyat Malaysia takkan tak kenal siapa tukang masak terkenal yang admin maksud kan ni?

Resepi Puding Roti Kastard harini adalah daripada Che Nom.

Resepi Puding Roti Kastard

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Puding Roti Kastard

Bahan-bahan untuk puding roti adalah:

  • 8 keping roti
  • 4 sb mentega
  • ¼ cawan kismis
  • 2 cawan susu full cream
  • ½ cawan gula
  • 1 sk esen vanila
  • ¼ sk serbuk kulit kayu manis
  • Secubit garam
  • 3 biji telur
  • Gula perang secukupnya

Bahan-bahan untuk sos kastard adalah:

  • 1 tin susu cair
  • 2 sb tepung kastard
  • 1 cawan air
  • 4 sb gula
  • Secubit garam

Cara Penyediaan Puding Roti Kastard

Cara penyedian puding roti kastard ini terbahagi kepada 3 iaitu cara untuk penyediaan puding roti, penyediaan sos kastard dan akhirnya menjadi puding roti kastard itu sendiri. Cara-caranya adalah seperti yang berikut:

  • Cara-cara untuk penyediaan puding roti:
  1. Potong roti 8 bahagian.
  2. Sapu atau gris mentega/majerin pada dulang pembakar.
  3. Susun potongan roti didalam dulang pembakar.
  4. Dalam bekas lain, masukkan susu full cream bersama gula, esen vanilla, serbuk kulit kayu manis, secubit garam dan telur.
  5. Kacau sebati semua bahan.
  6. Panaskan mentega sehingga cair, lalu tuang mentega diatas roti.
  7. Taburkan kismis dan tuang adunan susu kedalam roti.
  8. Tekan roti supaya tenggelam dan menyerap adunan.
  9. Rehatkan lebih kurang 5-10 minit.
  10. Tabur gula perang secukupnya atas adunan roti, lalu bakar dengan suhu 170˚C selama 25-30 minit sehingga puding roti masak dan permukaan roti menjadi perang.
  • Cara-cara untuk penyediaan sos kastard:
  1. Masukkan susu cair, gula, tepung kastard dan secubit garam.
  2. Kacau bahan sehingga larut sepenuhnya.
  3. Setelah larut, masukkan air dan panaskan adunan sos kastard.
  4. Masak sehingga sos kastard masak dan pekat sekata.
  • Cara-cara untuk menghasilkan puding roti kastard:
  1. Sesudah siap dibakar, sapu dengan mentega cair pada permukaan roti yang masih suam-suam panas.
  2. Potong puding roti dan hidangkan bersama sos kastard.

Credit Sumber: Che Nom

Jika anda ingin puding roti kastard anda special seperti video di atas, anda perlu cuba resepi daripada Che Nom ni tau! Admin dah try, jadi anda bila lagi!

Diharapkan semoga perkongsian tentang Resepi Puding Roti Kastard ini dapat membantu anda yang sedang mencari resepi terbaik untuk dihidangkan kepada keluarga. Seterusnya, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi resepi lain yang menarik dan sedap di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan resepi-resepi terbaik untuk rujukan utama anda. Selamat Mencuba!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More