Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jom Cuba Resepi Rahsia Ayam KFC

Resepi Rahsia Ayam KFC kali ini sangat sedap dan boleh di cuba di rumah! Kali ni admin nak kongsikan satu resepi menarik daripada seorang tukang masak terkenal Malaysia yang mendapat ratusan ‘share’ dari orang ramai.

Admin tahu pasti ibu-ibu di rumah agak kekeringan idea mahu masak apa kan? Jadi, jangan risau, admin akan sentiasa kongsikan resepi-resepi menarik untuk semua yang tengah mencari dan ingin mencuba.

Isi Kandungan

Resepi Rahsia Ayam KFC

Hari ini admin nak kongsikan satu resepi best daripada seorang ‘Mak online‘ yang suka mengajar masak di YouTube. Anda tahu tak resepi daripada siapa? Rakyat Malaysia takkan tak kenal siapa tukang masak terkenal yang admin maksud kan ni?

Resepi Rahsia Ayam KFC ini adalah perkongsian resepi daripada Che Nom dan resepi tersebut juga pernah dibocorkan oleh anak saudara founder KFC sendiri.

Resepi Rahsia Ayam KFC

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Rahsia Ayam KFC

Bahan-bahannya terbahagi kepada 2 iaitu bahan untuk perap dan bahan untuk salut ayam.

  • Bahan-bahan untuk perap Ayam KFC adalah:
  1. 6 ketul ayam
  2. 1/2 sudu kecil garam
  3. 1 sudu kecil serbuk paprika
  4. 1/2 sudu kecil serbuk garam bawang putih
  5. 1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
  6. 1/2 sudu kecil serbuk halia
  7. 1/2 cawan air
  • Bahan-bahan untuk salut Ayam KFC pula adalah:
  1. 2/3 sudu besar garam
  2. 1/2 sudu besar taim
  3. 1/2 sudu besar daun selasih
  4. 1/3 sudu besar oregano
  5. 1 sudu besar garam saderi
  6. 1 sudu besar serbuk lada hitam
  7. 1 sudu besar serbuk biji sawi kuning
  8. 4 sudu besar serbuk paprika
  9. 2 sudu besar serbuk garam bawang putih
  10. 1 sudu besar serbuk halia
  11. 3 sudu besar serbuk lada putih
  12. 2 cawan tepung gandum
  13. 1 sudu besar MSG

Cara Penyediaan Resepi Rahsia Ayam KFC

Cara-cara untuk menghasilkan Ayam KFC ini adalah:

  1. Perap ayam dengan garam, serbuk paprika, serbuk garam bawang putih, sebuk lada hitam dan serbuk halia. Gaul sebati kesemua bahan.
  2. Tambah air dan perap selama beberapa jam.
  3. Masukkan kesemua rempah salutan seperti garam, taim, daun selasih, oregano, garam saderi, serbuk lada hitam, serbuk biji sawi kuning, serbuk paprika, serbuk garam bawang putih, serbuk halia, serbuk lada putih dan MSG dalam tepung gandum.
  4. Gaul sebati kesemua rempah dan tepung.
  5. Angkat ayam perap tadi dan toskan air.
  6. Salut ayam dalam adunan tepung dan rempah tadi.
  7. Angkat ayam dan ketuk-ketuk sikit.
  8. Kemudian celup dalam air sejuk (seeloknya celup ayam dalam penapis untuk senang angkat).
  9. Salut lagi sekali ayam dalam adunan rempah untuk kali kedua.
  10. Panaskan minyak anggaran suhu 175⁰C dan goreng ayam (deep fry).
  11. Tutup rapat tudung periuk anggaran selama 5 minit untuk bagi bahagian dalam ayam masak sepenuhnya dan isi ayam menjadi moist.
  12. Bila ayam dah garing boleh angkat dan toskan minyak.

Tips Resepi Rahsia Ayam KFC Daripada Che Nom

  • Kelar sedikit bahagian paha ayam untuk bagi ayam cepat masak.
  • Goreng ayam dalam minyak yang tenggelam (deep fry) dan dalam periuk yang tebal (Che Nom menggunakan periuk yang kecil kerana ingin jimat minyak).
  • Kedut-kedut ayam menjadi tetapi tidak banyak sangat. Che Nom rasa kerana bahan dalam resepi tersebut mempunyai herba yang kasar, kemungkinan kena kisar halus dahulu. Warna pun cepat menjadi perang kerana meletakkan banyak paprika.

Credit Sumber: Che Nom

Resepi Rahsia Ayam KFC ini akan membuatkan para penggemar Ayam KFC terutamanya pasti ingin mencubanya sendiri di rumah.

Diharapkan semoga perkongsian tentang Resepi Rahsia Ayam KFC ini dapat membantu anda yang sedang mencari resepi untuk mencuba hidangan yang menarik dan berlainan untuk keluarga tercinta atau untuk jualan kecil-kecilan.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi resepi lain yang menarik dan sedap di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan resepi-resepi terbaik untuk rujukan utama anda. Selamat Mencuba!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More