Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Rendang Ayam Warisan Mudah dan Tahan Lama

Resepi Rendang Ayam Warisan Mudah dan Tahan Lama ini dikongsikan oleh Mama, adinda Wanna. Encik Suami Mama dibesarkan di Pahang, jadi Resepi ini adalah Resipi Warisan Keluarga juga.

Kebiasaannya Rendang yang dibeli di kedai, sudah berbau dan tidak elok apabila dah petang hari, tetapi Resepi Rendang Ayam Warisan Mudah dan Tahan Lama yang Wanna kongsikan ini InsyaAllah boleh bertahan hingga esoknya.

Resepi Rendang Ayam Warisan Mudah dan Tahan Lama sangat sinonim dengan Hari Raya dan merupakan hidangan wajib Hari Raya. Keadaan pendemik sekarang tidak mengizinkan Wanna pulang beraya di kampung bersama keluarga, Jadi inilah masanya untuk mencuba Resepi Rendang Ayam Warisan Mudah dan Tahan Lama ini.

Selamat mencuba!

Asal Usul Rendang

Rendang secara umumnya berasal dari Sumatera dan lebih khusus berasal dari Minangkabau. Sejak dlu kala lagi, Rendang telah menjadi makanan tradisi masyarakat Minang.

Kini,  hidangan rendang telah berkembang ke kawasan serantau berbudaya Melayu lainnya; mulai dari Mandailing, Riau, Jambi hingga ke sejauh Negeri Sembilan yang banyak berasal dari Minangkabau. Oleh itu, rendang terkenal di selat Melaka iaitu Sumatera dan Semenanjung Malaya.

Rendang sekarang adalah hidangan utama disajikan di rumah-rumah makan Padang seluruh dunia. Malah, rendang dihidangkan dalam majlis-majlis istimewa untuk menghormati para tamu, serta pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha, mahupun kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkhatan, kenduri doa selamat, kenduri hari jadi dan sebagainya.

(Sumber: Wikipedia)

Resepi Rendang Ayam Warisan Mudah dan Tahan Lama

Masa Penyediaan: 20 Minit

Masa Memasak : 30 Minit

Jumlah Hidangan: 8 orang Makan

A) Bahan-Bahan Utama:

  • 1 ekor ayam
  • 1 asam keping
  • 2-3 sudu besar kerisik
  • 2-3 daun kunyit dihiris nipis
  • 2-3 daun limau nipis (buang tangkai)
  • 2 cawan santan cair
  • 1kg santan pekat
  • Gula melaka
  • Sedikit garam

Bahan-bahan Kisar:

  • 7-8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 3 batang serai
  • 15-20 cili kering (direbus dulu)

Bahan-bahan Tumbuk:

  • 1 sudu kecil jintan putih
  • 1 sudu kecil jintan manis
  • 1 sudu besar ketumbar

 B) Cara Penyediaan:

  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan garing
  • Masukkan ayam, bahan tumbuk dan santan cair.
  • Masakkan sehingga ayam masak sepenuhnya.
  • Masukkan santan pekat, asam keping, kerisik dan sedikit daun kunyit.
  • Masukkan daun limau purut. Perasakan dengan gula melaka dan garam
  • Hias dengan daun kunyit dan hidangkan Rendang Ayam Bersama lemang dan ketupat.
Rendang Ayam Warisan Mudah dan Tahan Lama
Rendang Ayam Warisan Mudah dan Tahan Lama

Tip Tambahan

  • Gantikan gula dengan gula melaka untuk rasa rendang yang lebih sedap dan berlemak.
  • Gunakan santan segar untuk dapatkan rendang yang tahan lama.
  • Pemilihan Bawang Merah yang berwarna gelap menghasilkan Rendang yang lebih sedap.
  • Daun limau purut perlu dibuang tangkai  untuk mengelakkan rasa pahit.

 

Rendang sangat sinonim dihidangkan bersama lemang atau ketupat. Jadi, Wanna ambil peluang untuk kongsikan Resepi Lemang Versi Air Fryer oleh yang dikongsikan oleh Bella, jiran Wanna.

Lemang Versi Air Fryer

Bahan- Bahan:

  1. 2 cawan Beras Pulut
  2. 2 cawan Santan pekat
  3. 1/2 cawan air
  4. 1 sudu teh garam
  5. Daun pandan
  6. Cawan kertas

Cara penyediaan:

  1. Basuh beras pulut bersih dan rendam beras pulut selama 2jam.
  2. Toskan air dan  basuh bersih. Kemudian rendam beras pulut dengan air santan dan garam selama 30min.
  3. Letakkan daun pandan didalam cawan kertas.
  4. Isikan beras pulut ke dalam cawan dan tuang santan sama dengan paras beras pulut
  5. Panaskan Air Fryer pada suhu 180°C selama 5minit.
  6. Masukkan beras pulut yang telah diisi dalam cawan ke dalam Air Fryer.
  7. Bakar 1 : 180°C / 30min
  8. Bakar 2 : 160°C / 10min
  9. Rehatkan 10min dalam Air Fryer sebelum dikeluarkan.
  10. Lemang yang sudah siap boleh dihidangkan bersama rendang.
Santan di isi sama paras dengan beras pulut
Santan di isi sama paras dengan beras pulut

Tip Tambahan:

1. Lemang yang dibakar hendaklah dipotong dulu kerak atas tu sikit dan hasilnya memang lembut.

Lemang yang sudah masak
Lemang yang sudah masak

Senang dan Mudah bukan?

Resepi Rendang Ayam Warisan Mudah dan Tahan Lama ini sangat sesuai disediakan di Hari Raya. Walaupun beraya di perantauan tanpa keluarga besar di sisi, namun dengan adanya hidangan Resepi Rendang Ayam Warisan Mudah dan Tahan Lama dapat mengubati sedih di hati perantau. Selamat berjaya!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More