Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Roti Sandwich Putih Gebu, Boleh Buat Sendiri Di Rumah

Resepi Roti Sandwich Putih Gebu kali ini sangat sedap dan boleh cuba buat sendiri di rumah! Pernah tak anda terfikir untuk membuat roti sendiri di rumah?

Roti merupakan makanan ruji buat rakyat Malaysia. Selain daripada nasi, roti juga mempunyai karbohidrat yang boleh memberi tenaga kepada manusia. Kebiasaannya, roti diambil pada waktu pagi dan dijadikan sebagai sarapan sebelum memulakan aktiviti harian.

Kalau nak tahu, sebenarnya nak buat roti ini tidak memerlukan bahan yang banyak namun hanya memerlukan sedikit kesabaran dan juga tidak salah sekiranya mahu mencuba membuat sendiri roti di rumah sekiranya mengikuti resepi yang betul.

Justeru, kali ini admin ingin kongsikan satu resepi menarik yang telah dikongsikan oleh Rena Seah Othman kepada orang ramai berkenaan Resepi Roti Sandwich Putih Gebu yang pasti memikat selera dan sangat sesuai untuk di buat sarapan pagi.

Berikut dikongsikan Resepi Roti Sandwich Putih Gebu tersebut.

Isi Kandungan

Resepi Roti Sandwich Putih Gebu

Admin yakin pasti ramai diantara ibu-ibu yang memerlukan Resepi Roti Sandwich Putih Gebu ini, bukan? Selamat Mencuba!

Pertama sekali, bahan-bahan untuk hasilkan Roti Sandwich Putih Gebu ini adalah

  1. 375 g Tepung High Protein (Bread Flour)
  2. 15 g Gula
  3. 4.5 g Yeast
  4. 22.5 g Butter Lembut
  5. 7.5 g Garam
  6. 225 g Air

Selain untuk Roti Sandwich Putih atau dalam bahasa inggerisnya dipanggil Roti Sandwich Loaf, resepi ini juga sesuai untuk hasilkan Roti Bengali dan juga Bun kerana bahan dan cara penyediaan juga adalah sama. Perbezaannya hanyalah cara bakar sahaja.

Resepi Roti Sandwich Putih Gebu

Cara Penyediaan Roti Sandwich Putih Gebu

Cara-cara untuk menghasilkan Roti Sandwich Putih ini adalah

1. Masukan semua bahan-bahan yang dinyatakan diatas ke dalam mixer dan uli sehingga licin.

2. Apabila sudah licin, keluarkan tepung / dough tadi daripada mixer dan buat bulat kemudian masukan ke dalam bekas. Tutup dengan plastik dan rehatkan dough itu selama 30 minit.

3. Selepas 30 minit, keluarkan dough dan buang angin. Kemudian, bentukan dough (adunan ini boleh buat roti sandwich putih, roti bengali dan bun).

4. Kemudian rehatkan satu jam atau biarkan naik dua kali ganda dalam acuan.

5. Panaskan oven 180 darjah selama 10 minit (bergantung dengan oven masing-masing).

6. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 40 minit (bergantung dengan oven masing-masing) untuk roti sandwich putih atau roti bengali. Manakala untuk bun bakar pada suhu 170 darjah selama 15 hingga 20 minit.

8. Apabila sudah masak, untuk bun, sapu brush butter cair di atasnya supaya lembut. Brush pakai butter sedikit sahaja. Manakala untuk roti sandwich putih atau roti bengali, apabila sudah masak terus keluarkan dari acuan dan sejukan. Jangan potong roti kalau masih panas.

Kredit Sumber: Rena Seah Othman

Resepi Roti Sandwich Putih Gebu ini sangat sesuai untuk sarapan pagi kerana ianya boleh dicuba sendiri di rumah. Selepas dah siap boleh juga berkongsi dengan jiran!

Diharapkan semoga perkongsian tentang Resepi Roti Sandwich Putih Gebu ini dapat membantu anda yang sedang mencari resepi untuk mencuba hidangan yang menarik dan berlainan untuk keluarga tercinta atau untuk jualan kecil-kecilan.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi resepi lain yang menarik dan sedap di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan resepi-resepi terbaik untuk rujukan utama anda. Selamat Mencuba!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More