RESEPI SALAD DAGING INI PASTI MEMBUATKAN ANDA TERLIUR

Raya Aidiladha nanti pasti ramai yang akan menerima daging korban. Bagi yang sedang berdiet, resepi salad daging ini pasti menjadi pilihan anda. Jom cuba!
Bahan-bahannya:
250 gram daging
(A)
1 sudu makan air panas
1 sudu makan jus lemon
1 sudu makan kicap cair
1 sudu makan sos ikan
Sedikit minyak bijan
Sedikit serbuk lada hitam
Sedikit gula
Pelbagai sayuran mengikut kesukaan
2 biji bawang dipotong
1 sudu makan cili merah
1 sudu makan cili padi
1 sudu makan daun ketumbar
Sebiji timun dipotong
1 biji bawang dipotong
2-3 helai daun kubis (hiasan)
1 sudu makan biji bijan (hiasan)
Cara-cara membuatnya:
1. Perap daging dengan sedikit lemaknya dan panggang, kemudian potong menjadi nipis.
2. Gabungkan semua bahan-bahan (A) dalam mangkuk. Masukkan daging yang dipotong dan gaul rata.
3. Campurkan semua sayur-sayuran pilihan anda, kemudian taburkan di atas pinggan yang dihias dengan daun kubis. Tuangkan daging di atasnya.
4. Taburkan biji bijan dan sedia dihidangkan.
sumber resepi : Kuali