Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Sambal Terung Goreng Berlado

Resepi Sambal Terung Goreng Berlado ini sangat sedap! Kali ni admin nak kongsikan satu resepi menarik daripada seorang tukang masak terkenal Malaysia yang mendapat ratusan ‘share’ dari orang ramai.

Admin tahu pasti ibu-ibu di rumah agak kekeringan idea mahu masak apa kan? Jadi, jangan risau, admin akan sentiasa kongsikan resepi-resepi menarik untuk semua yang tengah mencari dan ingin mencuba.

Isi Kandungan

Resepi Sambal Terung Goreng Berlado

Hari ini admin nak kongsikan satu resepi best daripada seorang ‘Mak online‘ yang suka mengajar masak di YouTube. Anda tahu tak resepi daripada siapa? Rakyat Malaysia takkan tak kenal siapa tukang masak terkenal yang admin maksud kan ni?

Resepi Sambal Terung Goreng Berlado ini adalah ilham dan perkongsian resepi daripada Che Nom.

Resepi Sambal Terung Goreng Berlado

Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Bahan-Bahan Untuk Resepi Sambal Terung Goreng Berlado

Bahan-bahannya terbahagi kepada 2 iaitu bahan perlu dikisar dan bahan yang perlu dikisar.

  • Bahan-bahan yang tidak perlu dikisar adalah:
  1. 2 biji terung panjang, saiz besar (3 biji jika saiz sederhana)
  2. 2 mangkuk minyak masak
  • Bahan-bahan yang perlu dikisar pula adalah:
  1. 8-10 biji cili merah segar
  2. 7-8 biji cili melaka (berwarna merah, jika tidak ada boleh campur hijau)
  3. 1/2 mangkuk kecil ikan bilis
  4. 2 biji bawang besar
  5. 4 ulas bawang putih

Cara Penyediaan Sambal Terung Goreng Berlado

Cara-cara untuk menghasilkan Sambal Terung Goreng Berlado ini adalah:

  1. Belah dua terung dan kemudian potong menyerong selebar 2cm.
  2. Kemudian gaulkan terung yang telah dipotong itu dengan sedikit garam.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng terung sehingga lembut.
  4. Angkat terung dan ketepikan.
  5. Buang sedikit minyak goreng terung tadi, tumis bahan kisar kasar sehingga pecah minyak dan naik bau.
  6. Masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Sedap jika dilebihkan gula dalam sambal ini.
  7. Tuangkan sambal ke atas terung yang digoreng tadi.
  8. Sedia untuk dihidang.

Tips Hasilkan Sambal Terung Goreng Berlado Yang Sedap Dan Tak Serap Minyak 

  • Semasa menggoreng terung, jangan masukkan terlalu banyak terung ke dalam minyak kerana nanti terung akan masak tidak sekata dan tidak cantik warna kulitnya.
  • Terung harus digoreng di dalam minyak yang banyak.
  • Untuk resepi ini, Che Nom menggunakan cili merah dan juga cili padi yang segar kerana warna sambal akan jadi cantik dan rasanya sangat sedap. dengan terung.
  • Tapi jika tiada cili padi merah, boleh juga digantikan dengan cili padi hijau. Cuma warnanya akan menjadi kurang menarik.
  • Sebagai ganti kepada ikan bilis pula, anda juga boleh gunakan udang kering atau belacan.

Credit Sumber: Che Nom

Resepi Sambal Terung Goreng Berlado yang paling mudah dan sangat sedap ini akan membuatkan para penggemar terung terutamanya pasti membuka selera makan.

Jika anda mahu Sambal Terung Goreng Berlado anda sedap menyelerakan, anda perlu cuba resepi daripada Che Nom ni tau! Admin dah try, jadi anda bila lagi!

Diharapkan semoga perkongsian tentang Resepi Sambal Terung Goreng Berlado ini dapat membantu anda yang sedang mencari resipi untuk membuat hidangan juadah yang menarik untuk keluarga tercinta.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi resepi lain yang menarik dan sedap di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan resepi-resepi terbaik untuk rujukan utama anda. Selamat Mencuba!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More