Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Simple Kuetiau Basah, Guna 1/2 Paket Kuetiau Sahaja

Resepi Simple Kuetiau Basah ini sangat mudah untuk disediakan! Kuetiau merupakan hidangan pilihan sekiranya seseorang tidak mahu mengambil nasi dalam pemakanannya.

Seperti yang diketahui, hidangan ini sangat mudah untuk dimasak, hanya memerlukan beberapa bahan, kemudian ia boleh dimasak dengan kadar segera. Malah, bahan-bahannya juga sangat mudah untuk didapati di kedai berdekatan.

Apabila melibatkan makanan, masing-masing pasti mempunyai resepi tersendiri, ada yang mengikuti resepi nenek moyang dan ada juga hanya mengikuti selera sendiri.

Namun, dalam masakan tiada apa yang salah dan juga betul, ia tergantung kepada kreativiti masing-masing bagaimana mereka mencorakkan hidangan tersebut supaya kena dengan selera masing-masing.

Jadi, kali ini admin nak kongsikan satu resepi menarik iaitu Resepi Simple Kuetiau Basah yang pasti akan membantu ibu-ibu di rumah yang agak kekeringan idea mahu memasak apa untuk seisi keluarga atau ibu-ibu yang mahu masak tapi dengan bahan yang mudah dan cepat.

Isi Kandungan

Resepi Simple Kuetiau Basah

Resepi ini telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @prettylupins selepas warga maya memintanya untuk berkongsi mengenai hidangan menarik tersebut.

Menurutnya, Resepi Simple Kuetiau Basah tersebut sering digunakan olehnya kerana ia tidak memerlukan masa yang banyak untuk memasaknya.

“Ini resepi untuk kuetiau basah. Cara saya mudah saja. Tidak guna bawang merah. Guna separuh paket saja untuk makan berdua. Kalau guna seafood, biasanya saya masuk lepas masuk kicap tu. Kalau guna ayam, masuk masa tumis cili,” jelasnya.

Mari kita ikuti resepi mudah pengguna tersebut di bawah.

Bahan-Bahan Resepi Simple Kuetiau Basah

Bahan-bahannya untuk membuat Kuetiau Basah Simple ini adalah:

  • 1/2 paket kuetiau (cuci bersih)
  • 1 ulas bawang putih (yang ditumbuk)
  • 2 sudu cili kering kisar
  • Hirisan ayam / seafood (optional)
  • Kicap
  • Sos tiram
  • Kucai
  • Tauge
  • Air panas

Cara Penyediaan Kuetiau Basah Simple

Cara-cara untuk menghasilkan Kuetiau Basah Simple resepi daripada @prettylupins ini adalah seperti langkah-langkah berikut:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan masukkan cili kering. Biarkan sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam / seafood. Biarkan masak.
  3. Tambah kicap dan sos tiram. Anggarkan empat tap.
  4. Gaul sebati dan masukkan setengah cawan air. Ikut suka nak kuah banyak mana. Biarkan mendidih.
  5. Masukkan kuetiau. Kacau sebati.
  6. Masukkan tauge dan kucai.
  7. Tutup api dan kacau rata.

“Saya suka masuk last tauge dan kucai sebab tak mahu jadi lembik sangat. Garam tak perlu masuk sebab kicap dan sos tiram dah cukup masin,” katanya lagi.

Resepi Simple Kuetiau Basah

Credit Sumber: @prettylupins

Diharapkan semoga perkongsian tentang Resepi Simple Kuetiau Basah ini dapat membantu anda yang sedang mencari resepi menarik untuk hidangan juadah bersama keluarga tercinta.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi resepi lain yang menarik dan sedap di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan resepi-resepi terbaik untuk rujukan utama anda. Selamat Mencuba!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More