Sumber Rujukan Globalisasi Anda

RESEPI SOS SENGKUANG CALIT

Mendengar nama sengkuang calit pasti ramai yang sudah mengenali tentang keenakkan rasanya. Tidak puas jika makan satu sahaja, kini anda boleh buat sendiri di rumah. Boleh makan bersama keluarga berulang kali. Selain puas hati anda juga dapat jimatkan duit.

Mari lihat resepi sos sengkuang calit perkongsian oleh seorang pengguna facebook.

Resepi sos

Cili kisar
Kicap manis
Sos cili
Belacan
Air asam jawa
Gula
*Tpung jgung

Optional – kacang tumbuk

CARA-CARA

~Satukan smua bahan diatas biar sebati.

~Masak dengan api perlahan.Masukkan air asam jawa

~last skali msukkn tpung jgung yg telah dibancuh air untuk pekatkan sos.

~Nanti rasa la,apa yg kurang..Ni sy xde sukatan ape2,agak2 je ni.

~Apabila sos sudah sejuk, boleh la disapu di atas sengkuang.

*sengkuang dipotong nipis lebih enak

~Kemudian, taburkan dengan kacang tumbuk yang sudah dicampur sedikit gula.

RESEPI SOS SENGKUANG CALIT 1

Bolehlah dihidangkan untuk seisi keluarga. Sesuai juga dihidangkan untuk tetamu.

Ad ke yg suka sengkuang calit ni?? Kasi ❤️ skit

Selamat mencuba!

Sumber : Hafizah Ibrahim

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More