Resepi Sup Tulang Asli Tanpa Menggunakan Sup Bunjut

Sempena Hari Raya Aidiladha ini, pasti ada juga yang dapat tulang daging korban dan tak tahu nak masak tulang tu macam mana, kan?
Oleh itu, berikut admin ingin kongsikan satu resepi sup tulang yang sesuai untuk semua tidak kira umur dan boleh dicuba oleh ibu-ibu dirumah.
Isi Kandungan
Resepi Sup Tulang Versi Che Nom
Resepi Sup Tulang asli ini adalah versi daripada Che Nom.
Che Nom, suri rumah dan ibu, gemar berkongsi masakan di Youtube dan blog. Subscribe di Youtube dan Follow di Instagram dan Facebook untuk mendapatkan resepi dan maklumat terkini dari Che Nom.

Resepi Sup Tulang ini adalah asli kerana keistimewaannya terletak pada perencah supnya yang dibuat sendiri tanpa sup bujut dan ia memberikan rasa sup yang pekat dan sungguh asli.
Bahan-Bahan
Bahan-bahan untuk membuat Sup Tulang ini adalah seperti berikut:
- 3 Ulas Bawang Putih
- 3 Ulas Bawang Merah
- 3 Biji Buah Keras
- 1 Sudu Kecil Jintan Manis
- 1 Sudu Besar Lada Hitam
- 1 Sudu Kecil Serbuk Ketumbar
- 1 Sudu Kecil Jintan Putih
- 3 Sudu Besar Minyak Masak
- Kayu Manis
- Buah Pelaga
- Bunga Lawang
- 2-3 Tangkai Cengkih
- 500g Tulang
- 3 Cawan Air
- 1/2 Batang Lobak Merah
- 2 Biji Kentang Sederhana Besar
- 1 Biji Tomato
- Garam Secukupnya
- Gula Secukupnya
- Daun Sup – Hidangan
- Bawang Goreng – Hidangan
Cara Penyediaan
Cara-caranya adalah seperti yang berikut:
- Kisar bawang putih, bawang merah, buah keras, jintan manis, lada hitam, serbuk ketumbar dan jintan putih.
- Kemudian, panaskan minyak di dalam periuk.
- Tumiskan semua bahan kisar tadi bersama-sama kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan cengkih. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak.
- Masukkan tulang, kacau rata dan biarkan seketika.
- Masukkan air.
- Sementara menunggu sup mendidih, anda boleh potong lobak merah dan kentang secara potong dadu besar manakala tomato dipotong 4.
- Apabila sup sudah mendidih, masukkan lobak merah dan kentang yang sudah dipotong dadu besar. Masak sehingga empuk.
- Kemudian, masukkan tomato yang sudah dipotong beserta garam dan gula secukup rasa.
- Sup Tulang sedia untuk dihidang.
- Taburkan daup sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang.
Resepi Tambahan
Seterusnya, admin juga ada kongsikan 3 Resepi Masakan Daging Ala-Ala Thai yang sangat sedap dan mudah untuk dicuba oleh ibu-ibu diluar sana.
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda semua diluar sana! Selamat mencuba!