Sumber Rujukan Globalisasi Anda

RESEPI TART TELUR

Tart telur atau tart kastard telur adalah pastri yang boleh didapati di Hong Kong dan negara Asia lain. Tart terdiri dari suatu lapisan luar pastri yang dipenuhi dengan kastard telur di dalam dan dibakar.

TART TELUR

Bahan-bahan:
1 tin susu cair F&N
1 cawan air suam
1/3 cawan gula pasir (Kalau suka manis tambah lagi)
1 sudu kecil esen vanilla
4 biji telur A
Sedikit pewarna kuning

Cara membuat:

1.Kacau gula dan air suam hingga gula larut.
2.Bila gula dah hancur dan air telah sejuk, masukkan semua bahan yang lain dan kacau rata.
3.Tuangkan adunan ke dalam kulit tart yang telah dibakar terlebih dahulu tadi
bakar semula dalam oven dengan suhu 180C mengikut kepanasan oven masing selama 20 minit.

*Adunan ini ita buat 1/2 adunan saja sebab nak samakan dengan kuantiti shell yang dibuat.

TART CRUST ATAU SHELL

170gm marjerin atau butter
50gm gula aising
1 biji telur gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla
acuan tart

Cara membuat:
1. Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu atau spatula. Jangan putar lama sangat.

2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.

3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

4. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.

5. Untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh dalam plastik bag dan simpan dalam peti ais semalaman.

6. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.

7. Bakar pada suhu 170C selama 20 – 25 minit atau sehingga masak.


*Crust atau shell ni kita boleh sediakan awal. Simpan dalam bekas kedap udara dan ia tahan lama. Tunggu Crust atau shell benar-benar sejuk sebelum kita letakkan filling tat telur.

8. Bakar shell tat hingga kuning 3/4 masak sebab nanti kita nak bakar lagi bila dah letak adunan telur.

9. Lepas shell masak, keluarkan dari acuan dan susun dalam tray.

10. Semasa shell panas lagi dah letak adunan telur dan terus bakar dengan api atas dan bawah.

11. Selepas tat masak, biar sejuk dan terus simpan dalam bekas kedap udara dan letak dalam peti ais supaya tat terus rangup.

*Tat akan melekat sikit pada tray sebab telur tu tumpah masa proses pembakaran
Cungkil dengan pisau jika tat melekat atas tray.

TART TELUR
TART TELUR TART TELUR

Kredit : norazlita aziz

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More