Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resepi Vietnam Roll & Sos Mudah

Anda sudah mencuba vietnam roll yang viral baru-baru ini?

Dengan berintikan udang atau isi ketam juga salad dan sayuran segar, sememangnya ia boleh dikatakan sebagai salah satu makanan sihat.

Pada yang belum mencuba atau mungkin ragu-ragu sama ada yang di pasaran halal atau tidak, mari lihat perkongsian resepi dari  wawaashiharaa

Anda boleh mencubanya sendiri di rumah! Menggunakan bahan-bahan yang ditentukan oleh selera anda sendiri.

 

Isi Kandungan

Cara Buat Vietnam &  Sos Dengan Mudah

 

Resepi Vietnam Roll | Sejak kebelakangan ini, macam-macam makanan luar negara masuk ke dalam Malaysia cumanya tak tahu halal atau tidak. Tapi sekarang mudah nak dapatkan sebab boleh homemade sendiri. Kali ini, WA nak bawakan resepi mudah dari Vietnam iaitu Vietnam Roll.
 
Dulu, masa mula-mula viral Vietnam Roll dekat Malaysia, berpusu-pusu orang mencari cara buat ni. Dan susah nak jumpa rice paper untuk balut ni. Yelah, sebab dari Vietnam je ada jual. Tapi korang jangan risau tau sebab rice paper ni ada yang halal dari Vietnam. Jangan beli yang tak ada logo halal dari Vietnam pula ye. Jom layan cara buat Vietnam Roll beserta sos versi WA sendiri.

 

Homemade Vietnam Roll

Resepi Vietnam Roll & Sos Mudah 1

 

Bahan-Bahan Diperlukan :

1. Rice paper
2. Meehoon @ Soohoon
3. Salad
4. Isi ketam
5. Udang
6. Carrot
**anda boleh menambah bahan lain seperti daun mint atau timun dan lain-lain.

 

Bahan Untuk Sos Pencicah :

1. Sos Cili Thai
2. Bawang Putih (potong dadu) *4 ulas
3. Cili api (potong bulat) *6 tangkai
4. Tepung jagung (pekatkan kuah) *1 sudu besar
 
**nak sedap lagi boleh tambah peanut butter/kacang yang telah ditumbuk

 

Step By Step :

 

Resepi Vietnam Roll & Sos Mudah 3

 

1. Celup dahulu carrot, isi ketam dan udang di dalam air yang mendidih kecuali salad dan soohoon. Soohoon anda boleh rendamkan dengan air panas suam sahaja sebab ia mudah masak. Untuk udang pula, anda boleh goreng/celup kemudian baru buang kulit. Kalau tidak akan jadi macam udang WA jadi kecut sebab dah buang kulit dulu. Hehe..

 

Resepi Vietnam Roll & Sos Mudah 4

 

2. Ambil rice paper dan celup ke dalam air yang suam/air biasa suhunya. Jangan gunakan air panas dikhuatiri rice paper anda cepat lencun dan mudah terkoyak semasa hendak menggulung. Dan jangan pula terlalu keras rice papernya. WA celup ke dalam air suam biasa sahaja.

 

Resepi Vietnam Roll & Sos Mudah 5

 

3. Susun susunan ikut kreativiti anda. WA suka buat begini sebab mudah untuk digulung nanti. Pastikan anda lapik rice paper yang telah dicelup di atas pinggan/lapik yang licin bukan atas kayu papan. Takut ia mudah melekat. Susun dahulu salad, soohoon, carrot, kemudian letak udang/isi ketam seperti dalam gambar. Kemudian lipat kiri kanan dan gulung dengan kemas.
 
4. Pastikan anda tidak buat terlalu tebal untuk halang rice paper mudah koyak.
 
5. Kemudian, siap. Boleh cicah sos!

 

Cara Membuat Sos Vietnam Roll :

1. Bawang putih, cili api di tumis sekejap bagi ia betul-betul masak. Minyak masak sedikit sahaja buat syarat.
2. Kemudian, tuangkan sos cili Thai dalam setengah botol.
 
3. Tuangkan air sedikit (ikut banyak mana nak sosnya).
 
4. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan tabur sedikit garam buat rasa dan kacau sehingga rata dan mendidih.
 
Sangat mudah kan? Boleh dibuat sebagai menu diet juga tau. Mudah dan mengenyangkan! Jom cuba resepi mudah buat Vietnam Roll ini.

 

SELAMAT MENCUBA!

 

sumber :  wawaashiharaa

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More