Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Jom Cuba Resipi Ayam Palembang Untuk 1 Ekor Ayam

Resipi Ayam Palembang ini sangat menggiurkan! Kalau bercakap mengenai ayam berlauk, semestinya kita akan memikirkan mengenai masakan ayam masak merah, ayam goreng, ayam masak lemak dan ayam masak kari kerana ia merupakan lauk harian yang sering dihidangkan di rumah.

Selain daripada hidangan yang dinyatakan, ramai juga yang akan memilih untuk masak ayam mentega yang menggunakan telur masin. Sebenarnya kalau nak tahu, ada satu lagi hidangan yang boleh dicuba orang ramai.

Jadi, kali ini admin nak kongsikan satu resipi menarik yang pasti akan menbantu ibu-ibu di rumah yang agak kekeringan idea mahu memasak hidangan juadah untuk seisi keluarga.

Isi Kandungan

Resipi Ayam Palembang

Seorang pengguna Facebook yang bernama Qasih Jue Aisya telah berkongsi mengenai satu Resipi Ayam Palembang, yang dilihat seakan-akan ayam masak kicap yang sangat menggiurkan.

Warnanya sama seperti ayam masak kicap, namun rasanya kemungkinan lebih berlemak berbanding ayam masak kicap.

Jika anda menyukai kelainan, anda boleh mencuba Resipi Ayam Palembang tersebut untuk dihidangkan kepada keluarga kerana bahan-bahannya juga mudah untuk didapatkan.

Bahan-Bahan Untuk Resipi Ayam Palembang

Bahan-bahannya terbahagi kepada 2 iaitu bahan dikisar dan bahan yang tidak perlu dikisar.

  • Bahan-bahan yang dikisar adalah:
  1. 2 biji sederhana bawang besar
  2. 5-6 ulas bawang putih
  3. 1 ulas halia
  • Bahan-bahan yang tidak dikisar pula adalah:
  1. Satu ekor ayam
  2. Serbuk kunyit
  3. 2-3 tangkai daun kari
  4. 1/2 cawan kicap manis
  5. Cili kisar (ikut kepedasan)
  6. 2 keping besar asam keping
  7. 100 ml santan
  8. Minyak
  9. Garam (secukup rasa)
  10. Gula (secukup rasa)

Cara Penyediaan Ayam Palembang

Cara-cara untuk menghasilkan Ayam Palembang ini adalah seperti langkah berikut:

  1. Gaul ayam dengan kunyit dan garam.
  2. Kemudian goreng hingga setengah masak dan setelah selesai ketepikan ayam tersebut.
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia sampai naik bau.
  4. Masukkan cili kisar dan tumis sampai pecah minyak.
  5. Masukkan kicap (kalau nak lebih hitam tambah kicap pekat).
  6. Masukkan daun kari dan tumis sekejap.
  7. Seterusnya masukkan garam dan gula secukup rasa.
  8. Masukkan asam keping, ayam dan masak sehingga ayam empuk.
  9. Yang terakhir, masukkan santan.
  10. Biarkan mendidih dan siap untuk dihidangkan (sekiranya kering, boleh tambah sedikit air).

Resipi Ayam Palembang ini sangat sesuai untuk hidangan juadah bersama ahli keluarga.

Resipi Ayam Palembang

Credit Sumber: Qasih Jue Aisha

Diharapkan semoga perkongsian tentang Resipi Ayam Palembang ini dapat membantu anda yang sedang mencari resipi untuk membuat hidangan juadah yang menarik untuk keluarga tercinta.

Seterusnya, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi resepi lain yang menarik dan sedap di TcerDotMy kerana kami sentiasa menyediakan resepi-resepi terbaik untuk rujukan utama anda. Selamat Mencuba!

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More