Sumber Rujukan Globalisasi Anda

Resipi Mudah dan Enak Yee Mee Sizzling Ala ‘Food Court’

Setiap kali berkunjung ke pasaraya seperti Tesco atau Giant, pasti ada daripada anda yang sering menikmati makanan di food court pasaraya tersebut. Menu yang menjadi pilihan ramai semestinya yee mee sizzling, nasi sizzling dan sebagainya dimana sedap dimakan panas-panas.

Namun, disebabkan sekarang kita semua kena patuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang kini sudah masuk Fasa 3 (Jika sesiapa ingkar akan terus direman) . Jika anda masih teringin untuk nikmati kelazatan yee mee sizzling di food court pasaraya,  Apa kata anda ikuti resipi yee mee sizzling ala food court yang dikongsikan oleh pengguna Twitter @anisaniesa dijamin sedap ini.

Isi Kandungan

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. Halia (2-3 inci)
2. Bawang putih (5 ulas)
3. Ladang hitam (1-2 sudu kecil)
4. Cili kering (5-7 keping)
5. Ayam (ikut suka)
6. Air (2-3 cawan)
7. Sos tiram (4 sudu besar)
8. Kicap pekat (3 sudu besar)
9. Kicap manis (3 sudu besar)

10. Serbuk lada hitam (1 sudu besar)
11. Kiub pati ayam (1 kiub)
12. Tepung jagung (3-4 sudu besar)
13. Gula (secukup rasa)
14. Garam (secukup rasa)
15. Cendawan (ikut suka)
16. Sawi (ikut suka)
17. Telur (ikut suka)
18. Yee Mee atau nasi

Cara-cara Masak Yee Mee Sizzling:

1. Mula-mula hiris bawang putih dan halia dan tumbuk secara tradisional, tidak perlu lumat.

2. Seterusnya, masukkan lada hitam tadi juga dan tumbuk lagi.

3. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan yang sudah ditumbuk tadi.

4. Tumis dan masukkan cili kering serta tumis sampai nampak perang.

5. Dah agak perang boleh masukkan ayam. Ayam terserah nak ada tulang ke, isi ayam sahaja ke, ikut selera masing-masing.

6. Apabila ayam sudah nampak masak sikit, masukkan air dalam 3 cawan.

7. Kemudian, apabila sudah menggelegak sikit, masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan serbuk lada hitam.

8. Masukkan kiub pati ayam dan kecilkan api sikit masa ini.

9. Selepas itu, bancuh tepung jagung bersama air dalam belas lain dan masukkan kedalam kuah tadi.

10. Selepas kuah dah pekat, masukkan cendawan.

11. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kacau dan kacau.

12. Kemudian, masukkan sawi pula.

13. Dalam bekas lain, rebus Yee Mee dengan air sehingga kembang.

14. Selepas itu, masukkan Yee Mee dalam kuah dan panaskan ia.

15. Masukkan telur jika anda ingin makan bersama telur dan siap.

Sumber : Twitter

 

Atau korang boleh cuba Resepi Biskut Coklat Chip

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More