Sumber Rujukan Globalisasi Anda

RKPYS – Pengambilan Murid Ke Tingkatan 1 Yayasan Selangor (Sesi 2022)

Rancangan Khas Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia – Yayasan Selangor (RKPYS) kini dibuka untuk permohonan. Permohonan kemasukan murid ke Tingkatan 1 Tahun 2022 dibuka mulai 25 Januari 2022.

Yayasan Selangor memaklumkan baru-baru ini bahawa mereka memperuntukkan sejumlah 389 tempat di 29 sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur untuk kemasukan murid ke Tingkatan 1 RKPYS 2022 yang layak dan memenuhi kriteria yang diperlukan.

Sementara itu, ibu bapa diingatkan agar membuat Kemaskini Profil Murid di SPATKPM 2022/2023.

RKPYS

Isi Kandungan

APAKAH RANCANGAN KHAS PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA – YAYASAN SELANGOR (RKPYS 2022)?

Rancangan Khas Kementerian Pelajaran Dan Yayasan Selangor adalah program bersama antara Kementerian Pelajaran dan Yayasan Selangor bagi tujuan pengambilan dan penempatan pelajar-pelajar tingkatan satu ke sekolah-sekolah terkemuka di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan negeri Selangor Darul Ehsan serta tinggal di asrama-asrama Yayasan Selangor.

Program ini bertujuan untuk membantu pelajar-pelajar miskin tetapi berpotensi cemerlang dalam pelajaran dengan memberikan kemudahan-kemudahan pelajaran kepada mereka.

Pelajar-pelajar ini diberikan bimbingan akademik seperti kelas tuisyen, latih-tubi dan seminar peperiksaan yang dibimbing oleh guru-guru pakar.

rkpys

APAKAH SYARAT KELAYAKAN RKPYS 2022?

Permohonan dibuka kepada murid Tahun 6 / 2021 yang layak mengikut kriteria ditetapkan seperti berikut:

  1. Mendapat sekurang-kurangnya TP3 dalam semua matapelajaran Pentaksiran Bilik Darjah Tahun 6 di sekolah rendah.
  2. Bersekolah rendah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau sekolah rendah swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (keutamaan diberi kepada murid luar bandar).
  3. Pemohon atau ibu bapa mestilah lahir di Selangor atau bermastautin sekurang-kurangnya 10 tahun di Selangor.
  4. Pemohon dari keluarga yang mempunyai pendapatan per kapita (pendapatan ibu bapa bahagi jumlah isi rumah) kurang daripada RM2,000 sebulan.
  5. Pemohon, ibu dan bapa adalah warganegara Malaysia.
  6. Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan bergerak atau berjalan seperti naik turun bas, bersukan dan lain-lain.

rkpys

BAGAIMANAKAH UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN RKPYS 2022?

Bermula pada 25 Januari 2022, permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi :

  • Laman sesawang Yayasan Selangor atau Permohonan Murid Tingkatan 1 RKPYS.
  • Mengisi Borang Permohonan (dalam talian) Kemasukan Ke Tingkatan 1 Tahun 2022.
  • Mencetak borang permohonan atas talian yang telah lengkap dan menghantar beserta dengan dokumen yang diperlukan ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar melalui serahan tangan atau melalui pos sebelum atau pada 11 Februari 2022.

APAKAH DOKUMEN YANG DIPERLUKAN?

Antara dokumen yang diperlukan untuk menghantar permohonan adalah :

  • Keputusan PBD (Pentaksiran Bilik Darjah) – 1 salinan
  • Keputusan UPKK (sekiranya ada) – 1 salinan
  • Sijil PAJSK – 1 salinan
  • Kad Pengenalan Pemohon , ibu, bapa/penjaga – 1 salinan
  • Sijil Lahir Pemohon,Ibu atau bapa – 1 salinan (Bagi pemohon/ibu/ bapa yang tidak lahir di Selangor , sila isi Borang Pengesahan Pemastautin)
  • Slip Gaji Ibu,Bapa/Penjaga – 1 salinan (Bagi ibu,bapa/penjaga yang tidak mempunyai slip gaji, sila isi Borang Pengesahan Pendapatan).

Semua dokumen perlu disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A (Pengurusan dan Profesional/ PengerusiJKKK/ Penyelia Pembangunan Mukim/ Penghulu/ Ketua Kampung dan yang setaraf dengannya.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak Yayasan Selangor melalui saluran berikut:

  • Bahagian Hal Ehwal Pelajar
    Yayasan Selangor
    Tingkat 17, Menara Yayasan Selangor,
    No. 18A, Persiaran Barat,
    46000 Petaling Jaya,
    SELANGOR DARUL EHSAN
  • Tel : 03-7669 1100 / 1158 / 1177 / 1150 / 1141
  • Faks : 03-7954 1790 / 1862
  • Email : [email protected]

Akhir kata, semoga program ini dapat memberi peluang dan membantu pelajar-pelajar miskin yang berpotensi cemerlang dalam pelajaran mereka.

Semoga dengan peluang yang diberikan ini, lebih ramai murid dapat membina masa depan yang cerah sekaligus memimpin negara dengan sebaiknya pada masa akan datang.

Rebutlah peluang keemasan ini agar mereka berpeluang untuk diberi bimbingan akademik seperti kelas tuisyen, latih-tubi dan seminar peperiksaan yang dibimbing oleh guru-guru pakar.

This website uses cookies to improve your experience. We'll assume you're ok with this, but you can opt-out if you wish. Accept Read More